Home Nasional Masyarakat semakin cakna pengurusan sisa pepejal
Nasional

Masyarakat semakin cakna pengurusan sisa pepejal

Masyarakat semakin cakna pengurusan sisa pepejal

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 11 Julai – Masyarakat semakin cakna dalam pengurusan sisa pepejal bersepadu sekali gus menyumbang kepada sasaran 40 peratus kadar kitar semula kebangsaan menjelang tahun 2025, kata Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata kesedaran itu mula meningkat sejak pelaksanaan program Penguatkuasaan Pengasingan Sisa Pepejal di Punca (SAS) pada 1 September 2015 hingga kini.

\”Dengan pelaksanaan SAS ini juga telah menyumbang kepada peningkatan Kadar Kitar Semula Kebangsaan sebanyak 35.38 peratus berbanding hanya 15.7 peratus pada 2015.

\”Terdapat peningkatan jumlah kutipan barangan ktiar semula yang diasingkan dan dikitar semula iaitu 29,123.73 tan berbanding sebelumnya, sebanyak 498 tan.

\”Selain itu, peningkatan bilangan premis yang disemak bagi pematuhan pelaksanaan SAS iaitu bagi premis bertanah sebanyak 45 peratus telah dipantau.

\”Manakala premis bertingkat sebanyak 1,691,2123 bersamaan dengan 30 peratus,\” katanya bagi menjawab pertanyaan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengenai keberkesanan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) di Dewan Rakyat hari ini.

Tambahnya, sepanjang pelaksanaan SAS, sebanyak 605 Notis Pemberitahuan Kesalahan (NPK) telah dikeluarkan kepada individu atau premis yang gagal melaksanakan SAS.

\”Manakala, sebanyak 441 notis kompaun telah dikeluarkan kepada pelaku kesalahan melibatkan jumlah kompaun sebanyak RM22,050.

\”Semua notis kompaun dan denda ini merupakan kesalahan pertama yang dibayar oleh pesalah,\” katanya.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....