Home Nasional Masyarakat perlu lebih waspada jenayah 'scammer'
Nasional

Masyarakat perlu lebih waspada jenayah 'scammer'

Masyarakat perlu lebih waspada jenayah 'scammer'

FOTO FAIL

MATA AYER, 8 November– Pelbagai kes jenayah yang berlaku ketika ini memberi kesan kepada kehidupan masyarakat selain berhadapan dengan kerugian besar khususnya di kawasan pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Arau.

Ini termasuklah jenayah komersial, bagi tempoh 10 bulan tahun ini, sebanyak 77 kes dilaporkan dengan nilai kerugian mencecah lebih RM500,000, berbanding tahun 2023 dengan 104 kes mencatat kerugian RM1.8 juta

Menurut Ketua Polis Daerah Arau Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi, kes dilaporkan melibatkan penipuan telefon terutama berkaitan agensi kerajaan, pelaburan tidak wujud, e-dagang khususnya menerusi media sosial, pekerjaan tidak wujud, pinjaman wang tidak wujud, laman sesawang palsu serta love scam.

Berdasarkan analisa kes dilaporkan, mangsa terlibat ialah peniaga, pesara, pekerja profesional terutama guru, penjawat awam, pekerja swasta serta mereka yang tidak bekerja.

\”Evolusi gaya hidup ini secara tidak langsung mengakibatkan wujudnya bentuk jenayah baharu yang lebih kompleks dan global di samping turut memerlukan perhatian lebih serius dari pelbagai lapisan masyarakat.\”

\”Pihak polis menyeru orang ramai supaya berhati hati apabila menerima panggilan dari individu yang tidak dikenali atau menyemak dahulu panggilan atau tawaran yang diterima.\” kata Ahmad Mohsin.

Beliau memaklumkannya pada Program Cakna Ilmu Sempena Program Pemerkasaan Komuniti Luar Bandar di Kampung Ngulang, Mata Ayer yang dihadiri lebih 200 penduduk setempat.

Program itu dianjurkan Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) dengan kerjasama JPKKP Ngulang Utara dan IPD Arau bagi memberi kesedaran kepada penduduk setempat berikutan sindiket penipuan dalam talian yang menggunakan pelbagai helah atau modus operandi bagi memperdaya mangsa.

Turut diadakan ceramah khas oleh Imam Besar Negeri Perlis, Ahmad Sirajuddin Abdul Satar mengupas mengenai fahaman ajaran sesat yang perlu dijauhi umat Islam.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....