Home Nasional Masjid, surau seluruh negara disaran lakukan solat hajat doa kejayaan misi PM
Nasional

Masjid, surau seluruh negara disaran lakukan solat hajat doa kejayaan misi PM

Masjid, surau seluruh negara disaran lakukan solat hajat doa kejayaan misi PM

Datuk Dr. Mohd Na\’im Mokhtar

KUALA LUMPUR, 8 November- Masjid Negara, Masjid Putra, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan semua masjid serta surau di Wilayah Persekutuan disaran melaksanakan solat sunat hajat khusus untuk mendoakan kejayaan misi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara itu susulan ketegasan Perdana Menteri membawa usul menghentikan kekejaman Israel terhadap Palestin pada Sidang Kemuncak Tergempar BersamaNegara-Negara Arab dan Islam pada 11 November ini di Riyadh, Arab Saudi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)Datuk Dr. Mohd Na\’im Mokhtar dalam satu kenyataan memaklumkan, solat hajat diadakan untuk memohon doa dan perlindungan daripada Allah SWT agar perjalanan dan misi itu mendapat keberkatan serta mencapai kejayaan demi manfaat negara dan ummah.

\”Pelaksanaan solat hajat ini akan dapat meningkatkan solidariti umat Islam di seluruh negara serta menyatukan hati rakyat Malaysia dalam mendoakan misi penting ini.

\”Perdana Menteri akan menyampaikan suara dan harapan negara di pentas antarabangsa dalam sidang kemuncak ini, yang dijangka turut membincangkan isu-isu kritikal melibatkan negara-negara Islam,\” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu beliau turut menyatakan sokongan padu atas ketegasan Perdana Menteri dalam isu Palestin.

Beliau juga menyifatkan solat hajat berkenaan sebagai tanda sokongan dan solidariti kepada pemimpin serta kesejahteraan para anggota Pasukan Batalion Mallaysia (Malbatt) yang sedang bertugas di Lubnan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....