Home Nasional Masih awal buat keputusan BN bergerak solo
Nasional

Masih awal buat keputusan BN bergerak solo

Masih awal buat keputusan BN bergerak solo

Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR, 24 Ogos- Barisan Nasional (BN) dan UMNO bergerak secara solo atau tidak pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) masih awal untuk diputuskan oleh kepimpinan parti.

Sebaliknya Timbalan Pengerusi BN yang juga Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata kepimpinan parti akan meneliti secara mendalam berhubung perkara itu apabila tiba masanya.

\”Sebab kita tidak boleh menilai diri kita sekarang untuk 2027. Bila sampai masa dah hampir nak pilihan raya nanti, kita lihatlah bagaimana keadaan ataupun kekuatan parti kita.

\”Kalau tak boleh bergerak solo, kita memerlukan rakan untuk kita menghadapi pilihan raya juga kita akan fikirkan pada ketika itu. Sekarang ini adalah tidak adil untuk kita menilai diri kita sekarang untuk 2027,\” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengadakan lawatan ke Laman Media di Perhimpunan Agung UMNO 2024 di sini hari ini.

Related Articles

Nasional

Niaga hadapan emas didagangkan dengan berhati-hati minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 19 April- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives...

90 pesakit HTF terima sumbangan raya
Nasional

90 pesakit HTF terima sumbangan raya

Salahs eorang pesakit menerima sumbangan daripada Lembaga Pelawat HTFKANGAR, 19 April- Sempena...

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0
Nasional

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0

FOTO RTMMATA AYER, 19 April- Seramai 400 peserta dari seluruh negara telah...

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan
Nasional

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan

Walaupun industri media di negara ini sedang berhadapan dengan cabaran teknologi pengganggu...