Home Nasional Maritim Malaysia perketat kawalan perairan Kelantan
Nasional

Maritim Malaysia perketat kawalan perairan Kelantan

Maritim Malaysia perketat kawalan perairan Kelantan

Maritim Malaysia Kelantan menjalankan pemeriksaan ke atas bot nelayan menerusi Op Khas Pagar Laut 2025/RTM

PASIR PUTEH, 18 Mac- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan memperketat kawalan perairan negara sempena musim perayaan menerusi Op Khas Pagar Laut 2025 bagi mengekang pencerobohan.

Pengarahnya Kepten Maritim Erwan Shah Soahdi berkata operasi khas itu telah dilancarkan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada 12 Mac lalu dan diaktifkan semula bagi memastikan keselamatan perairan berada pada tahap optimum.

\”Maritim Malaysia memastikan pemantauan berterusan dengan kesiapsiagaan anggota dan aset dalam mengawasi kapal serta bot yang beroperasi di perairan sempadan negara,\” katanya pada sidang media sempena operasi itu di perairan Kelantan, semalam.

Beliau berkata Op Khas Pagar Laut 2024 sebelum ini berjaya mencatatkan jumlah rampasan bernilai RM9 juta, selain merampas lima bot termasuk dua bot nelayan tempatan dan tiga bot nelayan asing melibatkan 121 kes tangkapan atas pelbagai kesalahan.

Menurutnya, sepanjang Ramadan dan musim perayaan, Maritim Malaysia Kelantan menggerakkan sekurang-kurangnya dua aset iaitu kapal dan bot bagi meronda perairan setiap hari.

Pemantauan dilakukan di Zon Ekonomi Eksklusif sehingga 200 batu nautika dari muara Tok Bali, manakala bot peronda mengawasi kawasan dalam radius 20 hingga 40 batu nautika, bergantung kepada keadaan cuaca.

Related Articles

Mangga Harum Manis Kedah catat lonjakan pengeluaran tahun ini
Nasional

Mangga Harum Manis Kedah catat lonjakan pengeluaran tahun ini

Pengeluaran mangga Harum Manis di Kedah pada tahun ini dijangka meningkat hampir...

Tengku Ampuan Pahang berkenan sertai larian Hari Sarapan MILO
Nasional

Tengku Ampuan Pahang berkenan sertai larian Hari Sarapan MILO

FOTO RTMKUANTAN, 20 April- Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah...

Perkukuh hubungan dua hala, TPM Zahid mulakan lawatan rasmi tiga hari ke Indonesia
Nasional

Perkukuh hubungan dua hala, TPM Zahid mulakan lawatan rasmi tiga hari ke Indonesia

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi / Foto Hiasan...

Pekerja perlu fizikal, mental kuat bantu bangunkan negara
Nasional

Pekerja perlu fizikal, mental kuat bantu bangunkan negara

Menteri Sumber Manusia Steven Sim (lima, kanan) bergambar kenangan bersama peserta pada...