Saturday , 21 December 2024
Home Nasional MARDI perkenal MRQ 107, MRQ 111 varieti padi wangi baharu
Nasional

MARDI perkenal MRQ 107, MRQ 111 varieti padi wangi baharu

MARDI perkenal MRQ 107, MRQ 111 varieti padi wangi baharu

Foto hiasan

PASIR SALAK, 14 Ogos- Kerajaan melalui Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) memperkenalkan dua varieti padi wangi baharu iaitu MRQ 107 dan MRQ 111 bagi meningkatkan hasil dan pendapatan petani negara.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang berkata, dua varieti padi berkenaan berupaya memberi manfaat kepada petani dan pengguna beras istimewa tempatan sekali gus memperkukuhkan industri padi dan beras negara.

Pengisytiharan kedua-dua varieti padi berkenaan selari dengan salah satu strategi Dasar Agro Makanan 2.0 iaitu memanfaatkan potensi varieti beras istimewa tempatan.

\”MARDI telah pun bekerjasama dengan FELCRA untuk kita mengeluarkan benih MRQ 107 manakala untuk MRQ 111 BERSAMA-sama dengan Felda FGV yang juga akan ditanam di ladang-ladang FGV selepas ini.

\”…dan kita mendapati dengan adanya varieti ini kita dapat mempelbagaikan sumber beras. Apa yang penting kita dapat membantu dari sudut mengurangkan kos beras import khususnya beras wangi,\” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita dalam Majlis Pengisytiharan Varieti Padi Spesialiti Baharu Mardi MRQ 107 dan MRQ 111 di Felcra Seberang Perak, di sini.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan FELCRA Seberang Perak berjaya mengeluarkan benih padi kedua-dua varieti dengan hasilnya telah dituai membabitkan sawah padi berkeluasan 2.4 hektar.

Majlis itu turut dihadiri Pengerusi MARDI Dr Azman Ismail; Ketua Pengarah MARDI Datuk Dr Mohamad Zabawi Abdul Ghani dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Mohamed Ismi Abdul Majid.

Related Articles

Amaran ribut petir, hujan lebat di Perak, Selangor dan Sabah
Nasional

Amaran ribut petir, hujan lebat di Perak, Selangor dan Sabah

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 21 Disember – Amaran ribut petir, hujan lebat...

Tol percuma sempena Krismas, 23 dan 24 Disember
Nasional

Tol percuma sempena Krismas, 23 dan 24 Disember

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 21 Disember – Pemberian tol percuma akan kepada...

Teater: Platform utama angkat karya agung bangsa
Nasional

Teater: Platform utama angkat karya agung bangsa

FOTO BERNAMAMELAKA, 21 Disember – Pementasan teater kekal relevan sebagai medium utama...

Kes kemalangan di Sarawak meningkat, JPJ ambil langkah tegas
Nasional

Kes kemalangan di Sarawak meningkat, JPJ ambil langkah tegas

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibolah / Foto RTMKUCHING, 21 Disember –...