Home Nasional MARA Perlis perkasa usahawan wanita dalam pelbagai bidang
Nasional

MARA Perlis perkasa usahawan wanita dalam pelbagai bidang

MARA Perlis perkasa usahawan wanita dalam pelbagai bidang

FOTO MARA PERLIS

KANGAR, 18 Julai- Majlis Amanah Rakyat (MARA) Negeri Perlis menyediakan peruntukan sebanyak sebanyak RM12.6 juta pembiayaan perniagaan untuk memperkasakan usahawan di Perlis dalam pelbagai sektor.

Peruntukan berkenaan dimanfaat oleh usahawan dalam pelbagai bidang termasuklah makanan dan minuman, automotif, terapi kecantikan dan pelbagai bidang lain di Perlis

Menurut Pengarah MARA Negeri, Mohd Azam Jamaluddin, peruntukan yang disediakan ini menerusi Skim Pembiayaan Dananita merupakan skim yang ditawarkan khas untuk usahawan wanita untuk memperkembangkan perniagaan.

Beliau berkata, selain itu terdapat juga geran perniagaan meliputi latihan dan kursus, pensijilan, peningkatan teknologi dan pendigitalan perniagaan bernilai RM1.1 juta telah diberikan kepada usahawan wanita negeri Perlis.

“Dalam era globalisasi ini, golongan wanita semakin giat menceburkan diri dalam dunia keusahawanan dan telah berjaya dalam bidang perniagaan yang sesungguhnya merupakan perkembangan positif dalam memberikan peluang untuk menjana pendapatan yang lumayan,\”katanya.

MARA Perlis berharap agar cabaran dan persaingan dalam dunia perniagaan dijadikan motivasi bagi meningkatkan potensi dan kebolehan kaum wanita yang telah membuktikan bahawa perniagaan dalam dunia global hari ini mampu diterokai dan ditangani oleh kaum wanita dengan jayanya.

1807 MARA PERLIS 2FOTO MARA PERLIS

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....