Home Nasional Mangsa sindiket di Kemboja, selamat dibawa pulang
Nasional

Mangsa sindiket di Kemboja, selamat dibawa pulang

Mangsa sindiket di Kemboja, selamat dibawa pulang

FOTO/WISMA PUTRA

KUALA LUMPUR, 1 November – Sebelas orang mangsa sindiket jenayah penipuan tawaran pekerjaan di kemboja selamat dihantar pulang ke Malaysia.

Ia hasil usaha Kementerian Luar Negeri (KLN) melalui Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh.

Melalui kenyataan media yang dikeluarkan Wisma Putra, seorang daripada mereka telah pulang ke Malaysia pada Jumaat lalu. Manakala selebihnya dijadualkan tiba pada hari ini.

Penghargaan kepada pihak berkuasa Kemboja turut dirakamkan atas kerjasama dan bantuan sepanjang usaha menyelamatkan termasuk memfasilitasi kepulangan mangsa ke Malaysia.

KLN akan terus meningkatkan usaha menangani isu warganegara yang menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di luar negara.

Kementerian dengan tegas mengingatkan warganegara Malaysia yang berminat mencari pekerjaan di luar negara agar berhati-hati dan memastikan kesahihan pekerjaan yang ditawarkan.

Selain sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan imigresen semasa berada di luar negara.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....