Home Nasional Mangsa ribut di Marang dan Setiu bakal terima bantuan RM1,000
Nasional

Mangsa ribut di Marang dan Setiu bakal terima bantuan RM1,000

Mangsa ribut di Marang dan Setiu bakal terima bantuan RM1,000

Pengarah JPP Terengganu, Abdul Kahar Abdul Latif

SETIU, 20 Julai- Kerajaan pusat melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP Terengganu) meluluskan bantuan sekali bayaran berjumlah RM1,000 kepada mangsa-mangsa ribut di daerah Marang dan Setiu.

Pengarah JPP Terengganu, Abdul Kahar Abdul Latif menjelaskan bantuan tersebut akan disalurkan terus kepada mangsa ribut setelah mendapat pengesahan status maklumat mangsa daripada Pejabat Daerah Setiu dan Pejabat Daerah Marang selaku pemegang taruh situasi tersebut.

Sehubungan itu,beliau memohon kepada mangsa-mangsa yang terjejas agar menghubungi pihak terbabit agar bantuan segera dapat diproses dan disampaikan secara terus.

Beliau juga turut mengingatkan mangsa-mangsa bencana agar memanfaatkan sebaik mungkin sebarang saluran-saluran bantuan yang disediakan dari pelbagai kementerian mahupun agensi-agensi kerajaan tempatan agar secara tidak langsung membantu meringankan beban yang ditanggung .

Pada kejadian petang Khamis lalu, hujan lebat disertai angin ribut kencang telah melanda beberapa tempat di daerah dalam negeri ini sehinggakan beberapa penempatan dan premis perniagaan rosak teruk.

Sehingga kini sebanyak 97 mangsa ribut di daerah Marang dan 78 lagi mangsa adalah dari daerah Setiu telah dikenal pasti.

\”Insya-Allah sekiranya mereka ini dapat kita sahkan sebagai mangsa yang terlibat, Pegawai Daerah selaku pengerusi bencana daerah, ada sedikit bantuan yang akan dikeluarkan oleh Kerajaan Pusat melalui peruntukkan yang disediakan oleh pihak NADMA, kita akan beri bantuan wang ehsan berjumlah sebanyak RM1,000 kepada setiap mangsa ribut yang terlibat,\”katanya.

Beliau ditemui pemberita sewaktu menyempurnakan Program Kasih Prihatin peringkat daerah Setiu di mana program tersebut merupakan salah satu mekanisma hasrat Kerajaan Madani untuk menokhtahkan kemiskinan tegar di seluruh negara.

Terkini, jumlah kemiskinan tegar di negeri Terengganu telah berkurangan sebanyak 1,114 isi rumah daripada 7,426 pada Januari lalu.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....