Home Nasional Manfaatkan pakar tempatan, elak kebergantungan pakar luar
Nasional

Manfaatkan pakar tempatan, elak kebergantungan pakar luar

Manfaatkan pakar tempatan, elak kebergantungan pakar luar

Profesor Dr. Zafir Khan Mohamed Makhbul

KUALA LUMPUR, 15 Mac- Organisasi dalam negara perlu memanfaatkan tenaga pakar tempatan bagi mengelakkan penghijrahan golongan itu ke luar negara sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada pakar luar.

Dekan Pusat Pengajan Siswazah Perniagaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Dr. Zafir Khan Mohamed Makhbul berkata, perkara itu juga didorong tawaran gaji lumayaan serta manfaat lebih baik.

\”Kita kata \’brain game\’, yang perlu diberi keutamaan berbanding dengan bakat sedia ada dalam operasi. Ini menambahkan kekecewaan kepada individu terbabit.

\”Sebenarnya mereka ini lebih banyak melibatkan diri dalam organisasi luar kerana organisasi luar lebih nampak bakat yang dimiliki pada mereka.

\”Mereka juga melihat kepada pendapatan ataupun faedah lebih menarik dan lebih baik untuk menaik taraf kehidupan masing-masing,\” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi tetamu dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kota Media.

Selain itu, menurut Zafir Khan Mohamed Makhbul terdapat organisasi lebih mengutamakan tenaga kerja luar berbanding bakat tempatan.

Punca penghijrahan tenaga tempatan juga didorong laluan kerjaya tidak tersusun serta kekerapan perubahan dalam terma dan syarat pekerjaan.

Selain itu ketidakpastian dalam kenaikan pangkat dan peluang pembangunan kerjaya menjadikan golongan itu berpendapat bahawa tiada jaminan masa depan buat tenaga pakar.

Related Articles

Mangga Harum Manis Kedah catat lonjakan pengeluaran tahun ini
Nasional

Mangga Harum Manis Kedah catat lonjakan pengeluaran tahun ini

Pengeluaran mangga Harum Manis di Kedah pada tahun ini dijangka meningkat hampir...

Tengku Ampuan Pahang berkenan sertai larian Hari Sarapan MILO
Nasional

Tengku Ampuan Pahang berkenan sertai larian Hari Sarapan MILO

FOTO RTMKUANTAN, 20 April- Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah...

Perkukuh hubungan dua hala, TPM Zahid mulakan lawatan rasmi tiga hari ke Indonesia
Nasional

Perkukuh hubungan dua hala, TPM Zahid mulakan lawatan rasmi tiga hari ke Indonesia

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi / Foto Hiasan...

Pekerja perlu fizikal, mental kuat bantu bangunkan negara
Nasional

Pekerja perlu fizikal, mental kuat bantu bangunkan negara

Menteri Sumber Manusia Steven Sim (lima, kanan) bergambar kenangan bersama peserta pada...