Home Nasional Manfaatkan kestabilan politik di Malaysia – Anwar
Nasional

Manfaatkan kestabilan politik di Malaysia – Anwar

Manfaatkan kestabilan politik di Malaysia – Anwar

Foto Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 10 Oktober- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kepentingan untuk memanfaatkan kestabilan politik di Malaysia yang dikecapi ketika ini.

Beliau menerusi hantaran di Facebook berkata, perkara itu termasuk memperbaiki tatakelola, menjulang amalan pengurusan beramanah, bertanggungjawab, mengangkat martabat, darjat dan harkat negara.

\”Alhamdulillah, tatakelola yang semakin baik bersama penggubalan dasar yang jelas terkait sektor perindustrian, transformasi digital, tenaga dan semikonduktor mula membuahkan hasil melihat kepada perkembangan ekonomi yang positif kebelakangan ini.

\”Pastinya kita masih punya banyak ruang untuk memperbaiki prestasi ini. Saya percaya dengan semangat melaksanakan perubahan sedaya upaya dan keikhlasan berkhidmat dari hati nurani yang bersih, kita berupaya memenuhi potensi Malaysia menjadi antara negara hebat di dunia,\” katanya.

Semalam beliau dan delegasi Malaysia meluangkan masa bersama-sama berhimpun di kediaman rasmi Duta Besar Malaysia ke Lao PDR untuk beramah mesra dengan kakitangan kedutaan di Vientiane.

\”Saya gunakan ruang berkenaan untuk menzahirkan penghargaan atas komitmen dan khidmat cemerlang kedutaan yang memainkan peranan penting meyakinkan pelabur untuk memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan.

\”Terima kasih atas layanan mesra dan hidangan yang cukup enak,\” katanya lagi.

Related Articles

KKR lulus RM263 juta peruntukan untuk Johor
Nasional

KKR lulus RM263 juta peruntukan untuk Johor

Datuk Seri Alexander Nanta Linggi bersama-sama Datuk Onn Hafiz Ghazi di Kementerian...

Permohonan UPUOnline kemasukan ke IPTA, MARA BPT dibuka bermula 10 Februari
Nasional

Permohonan UPUOnline kemasukan ke IPTA, MARA BPT dibuka bermula 10 Februari

Foto hiasan KUALA LUMPUR, 7 Februari- Permohonan kemasukan pelajar Sesi Akademik 2025/2026...

MITI komited pacu integrasi ekonomi serantau
Nasional

MITI komited pacu integrasi ekonomi serantau

Mastura Ahmad MustafaKUALA LUMPUR, 7 Februari- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)...

Agong menjalani rawatan di luar negara
Nasional

Agong menjalani rawatan di luar negara

Foto Facebook Sultan Ibrahim KUALA LUMPUR, 7 Februari- Yang di-Pertuan Agong Sultan...