Home Nasional Malaysia,ASEAN telti potensi kerjasama dalam bidang nuklear
Nasional

Malaysia,ASEAN telti potensi kerjasama dalam bidang nuklear

Malaysia,ASEAN telti potensi kerjasama dalam bidang nuklear

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof / Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 14 Januari – Malaysia sedang meneliti peluang kerjasama dengan negara ASEAN bagi meneroka bidang tenaga nuklear.

Ini termasuk mengkaji perspektif penyelidikan serta pembangunan tenaga berkenaan, khususnya untuk membentuk undang-undang dan dasar berkaitan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata; kolaborasi itu secara tidak langsung memperkukuh hubungan insan antara negara terlibat.

\”ASEAN mempunyai rangkaian subsektor kerjasama melibatkan tenaga nuklear. Dengan penglibatan itu, saya rasa semua pihak akan mengadakan perbincangan yang melihat kepada kepentingan nuklear.

\”Malah, beberapa negara ASEAN juga telah mengumumkan bahawa mereka juga sedang meneroka nuklear. Untuk itu, Malaysia perlu melihat bagaimana negara boleh bekerjasama, serta belajar daripada satu sama lain,\” katanya pada sesi dialog sempena Bengkel ASEAN Pembangunan Lestari di Universiti Sunway.

November lalu; Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air memberi jaminan untuk mempertimbang serta meneliti kajian berhubung pembangunan tenaga nuklear di Malaysia.

Ketika ini agensinya, MyPOWER Corporation sedang menjalankan kajian kebolehlaksaan teknologi nuklear terkini; selain meneliti semula kajian oleh Perbadanan Nuklear Malaysia sebelum ia dibubarkan pada 2018.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....