Home Nasional Malaysia ulangi sokongan gencatan senjata di Gaza
Nasional

Malaysia ulangi sokongan gencatan senjata di Gaza

Malaysia ulangi sokongan gencatan senjata di Gaza

Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 20 Ogos- Malaysia mengulangi pendirian dengan terus menyokong beberapa usaha penting bagi merealisasikan gencatan senjata dan pendamaian berpanjangan di Gaza.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian ketika menghubungi Presiden Iran, Dr Masoud Pezeshkian dan Ahli Biro Politik Hamas, Dr Basem Naim, petang semalam.

Menerusi perkongsian di Facebook, Anwar berkata ini termasuk cadangan Turkiye untuk menghimpunkan pimpinan dunia Islam menerusi sidang tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Ia bagi menyelaras gerakan dan mengenakan tekanan lebih hebat terhadap Amerika Syarikat serta sekutunya, supaya mendesak Israel segera menghentikan serangan dan pengeboman di Gaza.

\”Saya juga menyatakan sokongan penuh kerajaan Malaysia terhadap usaha tersebut yang sewajarnya dipelopori oleh negara-negara penting termasuk Turkiye, Qatar dan Iran.

\”Alhamdulillah, kerajaan Iran dan Hamas senada dan menyokong inisiatif ini, termasuk cadangan menjemput negara bukan Islam yang turut mendukung keadilan dan memperjuangkan hak kemanusiaan buat rakyat Palestin seperti Afrika Selatan, Brazil, Sepanyol, Ireland dan Portugal.

\”Pada masa sama, saya serta Dr Masoud dan Dr Basem berkongsi pendirian sama, di mana usaha mewujudkan perdamaian ini perlu bermula dengan rejim Israel menghentikan sepenuhnya serangan dan kekejaman terhadap rakyat Palestin,\” katanya.

Related Articles

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape
Nasional

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape

Gambar hiasanSHAH ALAM, 25 April – Kerajaan Negeri Selangor sedang meneliti secara...

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari
Nasional

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari

Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg/Foto UKASKUCHING, 25 April – Syarikat...

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir
Nasional

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 25 April- Seramai 369 orang daripada 87 keluarga terjejas...

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear
Nasional

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah YusofLONDON, 23 April – Agensi Tenaga...