Tuesday , 24 December 2024
Home Nasional Malaysia tumpu pemusatan ASEAN selaku Pengerusi ABAC tahun depan
Nasional

Malaysia tumpu pemusatan ASEAN selaku Pengerusi ABAC tahun depan

Malaysia tumpu pemusatan ASEAN selaku Pengerusi ABAC tahun depan

Foto RTM

LIMA, 15 November-Malaysia selaku Pengerusi Majlis Penasihat Perniagaan Asean (ABAC) tahun depan akan terus memberi tumpuan kepada pemusatan ASEAN sebagai satu pasaran tunggal.

Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sasaran itu boleh dicapai melalui kerjasama konkrit terutamanya dalam sektor kerajaan dan perniagaan yang boleh dihubungkan melalui Kaukus ASEAN ABAC.

Beliau juga menggalakkan peranan aktif Kaukus ASEAN ABAC dalam menyokong komitmen ASEAN untuk mencapai kemampanan pertumbuhan ekonomi yang berterusan bagi mengurangkan ketidak seimbangan kekayaan.

Datuk Seri Anwar turut merakamkan ucapan penghargaan kepada Indonesia yang telah menjadi Pengerusi ABAC sebelum ini.

‘’Meskipun secara teknikal kita berkongsi tetapi kita sebenarnya bekerjasama.Tiada persoalan sama ada Indonesia sebagai pengerusi atau Malaysia sebagai pengerusi.

\”Aturan ini unik dan menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan ia berkesan\”, katanya demikian pada Dialog Ekonomi Peringkat Tinggi antara Majlis Penasihat Ekonomi APEC (ABAC) bersama Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto.

Kaukus Asean ABAC telah dilancarkan pada 2023 semasa Indonesia menjadi pengerusi Asean pada Sidang Kemuncak APEC San Francisco.

Kaukus Asean terdiri daripada tujuh negara anggota Asean iaitu Malaysia, Brunei, Indonesia Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam yang merupakan sebahagian daripada Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).

Dialog ini turut disertai Pengerusi ABAC Malaysia, Datuk Ruben Emir Gnanalingam selaku moderator, pengerusi ABAC Indonesia, Anindya Novyan Bakrie dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz

Related Articles

JPS komited perkukuh tebing sungai, atasi masalah hakisan
Nasional

JPS komited perkukuh tebing sungai, atasi masalah hakisan

Foto FailKUALA LUMPUR, 24 Disember– Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) terus...

Tujuh maut dalam kemalangan di Ayer Keroh
Nasional

Tujuh maut dalam kemalangan di Ayer Keroh

Kemalangan di kilometer 204 Lebuhraya Utara Selatan Arah Utara dari Ayer Keroh...

Enam maut nahas di Lebuhraya Utara-Selatan
Nasional

Enam maut nahas di Lebuhraya Utara-Selatan

Enam individu maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV), bas...

KPDN Pulau Pinang pantau SHMMP Krismas 2024
Nasional

KPDN Pulau Pinang pantau SHMMP Krismas 2024

Exco Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Luar Bandar negeri, Datuk Rashidi Zinol /...