Home Nasional Malaysia tidak pernah iktiraf Israel, tetap perjuang nasib rakyat Palestin
Nasional

Malaysia tidak pernah iktiraf Israel, tetap perjuang nasib rakyat Palestin

Malaysia tidak pernah iktiraf Israel, tetap perjuang nasib rakyat Palestin

FOTO BERNAMA

LIMA, 16 November- Malaysia merupakan satu-satunya negara yang terus lantang menyuarakan pandangan mengenai penindasan berterusan Israel ke atas rakyat Palestin.

Dari Riyadh hingga ke Lima, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak jemu mempertahankan nasib rakyat Palestin di pentas dunia.

\”Di sidang APEC di Lima Peru, satu-satu pemimpin negara yang bicara tentang Palestin itu Malaysia sahaja. Walaupun tajuknya (APEC) ekonomi dan perdagangan. Saya kaitkan bagaimana ekonomi dan perdagangan bebas kalau ia menafikan satu pihak,\” katanya.

Justeru, tuduhan sesetengah pihak bahawa kerajaan mengiktiraf kewujudan Israel melalui Wawancara Datuk Seri Anwar bersama CNN adalah berniat jahat semata-mata untuk mengelirukan rakyat.

‘’Malaysia tidak iktiraf (Israel) makanya negara tidak menghantar pegawai kedutaan dan tidak ada hubungan diplomatik itu maksudnya, tapi kalau kata dia (Israel) tidak wujud, dia (Israel) wujud, dia (Israel) anggota PBB, sebab apa saya usulkan di Riyadh sebab dia (Israel) harus disingkir dari PBB maknanya dia (Israel) wujud. Kalau tanya Anwar apakah Israel wujud? Ya Apakah ada \’state of Israel, yes\’, apakah kamu iktiraf tidak,\” jelas Datuk Seri Anwar.

Perdana Menteri berharap isu berkenaan tidak dimainkan lagi oleh pihak tertentu demi kepentingan politik sempit mereka.

Beliau turut kesal dengan tindakan segelintir pihak yang cuba memperkecilkan prinsip perjuangan Malaysia mempertahankan hak rakyat Palestin.

Katanya isu pelabuhan dan pesawat Israel yang pernah dilaporkan beroperasi di Malaysia berlaku pada pentadbiran kerajaan terdahulu.

\”Masa kamu memerintah, mengapa kamu izinkan kapal Israel berlabuh di Pelabuhan Klang? Masa kamu perintah kenapa kamu izinkan kapal dan pesawat Israel lalu ruang udara kita, dia tidak jawab, masa kita perintah ada tidak kita izinkan Israel berdagang? Tidak! Apa kita izinkan pesawat Israel guna ruang udara kita? Tidak!,\” tegasnya.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....