Saturday , 21 September 2024
Home Nasional Malaysia tidak boleh leka dalam aspek keselamatan- TPM Zahid
Nasional

Malaysia tidak boleh leka dalam aspek keselamatan- TPM Zahid

Malaysia tidak boleh leka dalam aspek keselamatan- TPM Zahid

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid selepas merasmikan Penutup Program Latih Amal Keselamatan Menyeluruh (EX COMSEC) 2024 di Melaka Energy Park, Sungai Udang, di sini hari ini/ Foto: FB Zahid Hamidi

MELAKA, 11 Ogos– Malaysia tidak boleh sesekali leka walaupun ketika ini tersenarai dalam negara ke-10 paling selamat mengikut Indeks Keamanan Global (GPI) yang dikeluarkan baru-baru ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Malaysia perlu berhati-hati menghadapi ancaman dalam dan luar yang boleh mempengaruhi individu untuk terlibat dalam aktiviti keganasan.

\”Landskap ancaman keselamatan global lebih dinamik dan mencabar. Konflik dan ketegangan geopolitik seperti peperangan antara Rusia – Ukraine, pencabulan berterusan Israel terhadap Palestin, ketegangan antara Amerika Syarikat dan China, krisis ketenteraman awam di Bangladesh dan rusuhan di United Kingdom serta ekonomi global yang tidak menentu mewujudkan ketidaktentuan yang berpanjangan. Kita di Malaysia sebagai kerajaan dan rakyat Malaysia wajib bersyukur kerana negara kita berada dalam keadaan sangat selamat,\” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Penutup Program Latih Amal Keselamatan Menyeluruh (EX COMSEC) 2024 di Melaka Energy Park, Sungai Udang, di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh; Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman dan Ketua Pengarah Keselamatan Negara Datuk Raja Nushirwan Zainal Abidin.

Latihan EX COMSEC 2024 disertai 33 agensi membabitkan 1,700 peserta terdiri daripada Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Pejabat Ketua Keselamatan Kerajaan Malaysia.

EX COMSEC 2024 merupakan program kesinambungan daripada pelaksanaan program pada tahun 2023 yang berkonsepkan Table Top Exercise (TTX) dan dijalankan secara Field Training Exercise dengan melibatkan atur gerak aset-aset keselamatan di lapangan selama dua hari bermula semalam.

Related Articles

Banjir: PM kunjungi tiga pusat pemindahan di Kedah hari ini
Nasional

Banjir: PM kunjungi tiga pusat pemindahan di Kedah hari ini

Foto BERNAMAALOR SETAR, 21 September – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Prof Osman Bakar dilantik Rektor UIAM ketujuh
Nasional

Prof Osman Bakar dilantik Rektor UIAM ketujuh

Foto BERNAMAPUTRAJAYA, 21 September – Prof Emeritus Datuk Dr Osman Bakar dilantik...

211 PATI dihantar pulang ke negara asal
Nasional

211 PATI dihantar pulang ke negara asal

Foto Facebook Jabatan Imigresen Malaysia JohorJohor Bahru, 21 September – Jabatan Imigresen...

Kampung Angkat Madani Nanga Engkuah "satu doa yang dimakbulkan"
Nasional

Kampung Angkat Madani Nanga Engkuah "satu doa yang dimakbulkan"

Foto Unit Komunikasi Awam Sarawak KAPIT, 21 September – Nanga Engkuah, sebuah...