Home Nasional Malaysia terus perkukuh kerjasama bilateral dengan Filipina – Zahid
Nasional

Malaysia terus perkukuh kerjasama bilateral dengan Filipina – Zahid

Malaysia terus perkukuh kerjasama bilateral dengan Filipina – Zahid

Foto FB Timbalan Perdana Menteri

KUALA LUMPUR, 14 Oktober– Malaysia menyatakan komitmen jitu bagi memperkukuh kerjasama bilateral Malaysia-Filipina seiring kepengerusian ASEAN Malaysia, tahun depan.

Hasrat itu disuarakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika mengadakan kunjungan hormat kepada Presiden Republik Filipina, Ferdinand R Marcos Jr .

Dalam satu kenyataan, Timbalan Perdana Menteri menyatakan hasrat untuk mencari peluang bekerjasama dalam industri halal selain memperluas pensijilan halal serta meneroka peluang perdagangan dan pelancongan halal baharu.

Perbincangan hari ini menekankan kepentingan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam memacu pertumbuhan ekonomi.

Justeru, Malaysia mahu menjalin kerjasama rapat dengan Pihak Berkuasa Pendidikan Teknikal dan Kemahiran Filipina (TESDA) selain perkongsian kepakaran dan amalan baik.

Perbincangan turut menyentuh berkenaan inisiatif latihan bersama antara Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dan agensi berkaitan di Filipina.

Beliau menegaskan semula komitmen Malaysia untuk memberikan bantuan kepada Filipina ketika menghadapi bencana.

Timbalan Perdana Menteri berharap pertemuan itu akan menjadi asas memperkukuh hubungan Malaysia-Filipina sekali gus memperluas kerjasama pada masa hadapan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....