Tuesday , 19 November 2024
Home Nasional Malaysia terus bantu perjuangan Palestin
Nasional

Malaysia terus bantu perjuangan Palestin

Malaysia terus bantu perjuangan Palestin

Datuk Seri Mohamad Hasan/ Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 21 Ogos- Malaysia akan terus melakukan apa sahaja dalam membantu perjuangan Palestin yang menjadi mangsa kekejaman dan kezaliman rejim zionis Israel.

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kuasa-kuasa besar dunia enggan menghentikan Israel daripada melakukan kekejaman terhadap rakyat Palestin.

\”Tiada perkataan dapat menggambarkan betapa zalimnya rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin selama ini. Apa yang berlaku di Gaza sejak 10 bulan lepas adalah kekejaman, kezaliman dan genosid yang paling dahsyat terhadap manusiawi selepas Perang Dunia Kedua.

\”…bagi mereka kalau di Ukraine, mereka sebut ia sebagai genosid, ini jenayah terhadap kemanusiaan, jenayah perang, tetapi apabila berlaku (kekejaman) di Gaza, semua buat tak faham, (sebaliknya mengatakan) mereka berhak mempertahankan diri, bagi saya ini adalah tahap hipokrasi yang paling tinggi,\” katanya.

Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata demikian dalam Ucapan Perasmian Serentak Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Wanita UMNO di ibu negara.

Beliau menegaskan parti itu sentiasa berdiri teguh dalam memperjuangkan nasib rakyat Palestin untuk memerdekakan tanah air mereka dan membebaskan Baitul Maqdis serta Masjid Al-Aqsa.

Majlis perasmian itu turut dihadiri pimpinan tertinggi UMNO dan ketua ketiga-tiga sayap parti.

Perhimpunan Agung UMNO berlangsung bermula hari ini hingga 24 Ogos di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur melibatkan seramai 6,433 perwakilan dari seluruh negara.

Related Articles

Lawatan sulung PM ke Brazil jana potensi eksport RM6.8 bilion
Nasional

Lawatan sulung PM ke Brazil jana potensi eksport RM6.8 bilion

Anwar Ibrahim bersama Presiden Brazil, Lula da Silva pada Sidang Kemuncak G20...

Malaysia cadang reformasi Majlis Keselamatan PBB
Nasional

Malaysia cadang reformasi Majlis Keselamatan PBB

FOTO FACEBOOK Anwar IbrahimRIO DE JANEIRO, 19 November- Malaysia mengusulkan reformasi menyeluruh...

Nasional

Malaysia seru tindakan global untuk tangani kelaparan & kemiskinan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMARIO DE JANEIRO,18 November– Malaysia menyeru...

Pelajar Tingkatan Dua maut terjatuh bangunan sekolah
Nasional

Pelajar Tingkatan Dua maut terjatuh bangunan sekolah

PDRMGEORGE TOWN, 19 November- Seorang pelajar perempuan Tingkatan Dua maut selepas dipercayai...