Home Nasional Malaysia teroka peluang perdagangan, tambah baik beberapa FTA
Nasional

Malaysia teroka peluang perdagangan, tambah baik beberapa FTA

Malaysia teroka peluang perdagangan, tambah baik beberapa FTA

Datuk Seri Anwar Ibrahim

DAVOS, 22 Januari- Malaysia sedang meneroka peluang dengan menaik taraf beberapa perjanjian perdagangan bebas (FTA) sedia ada termasuk aspek pendigitalan dalam setiap perjanjian ditandatangani.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu selaras dengan transformasi digital antara keutamaan yang dicetuskan ASEAN.

\”Kami baru sahaja menandatangani perjanjian minggu lepas dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Perjanjian Komprehensif dan Progresif untuk Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan United Kingdom (UK).

\”Kini, kami mahu berada di landasan tepat dengan Kesatuan Eropah (EU) melalui Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-EU (MEUFTA).

\”Komponen yang sangat penting yang tidak terdapat dalam semua FTA sebelumnya ialah pendigitalan,\” katanya.

Beliau berkata demikianpada sesi Country Strategy Dialogue di luar Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025, di sini.

Pada masa sama, Perdana Menteri turut menekankan kepentingan sektor swasta untuk terus bersatu menerusi kerjasama dalam pendigitalan demi mempercepat inisiatif dalamkalangan negara anggota.

Sementara ituPelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dilihat menjadi bukti kerjasama luar biasa antara Malaysia dengan Singapura.

Anwar berkata, kolaborasi itu berjaya direalisasikan berdasarkan kepercayaan dan dasar bersama demi memberi manfaat antara kedua-dua negara.

\”Zon Ekonomi Johor-Singapura ini, pada fikiran saya adalah langkah luar biasa kerana berlandaskan kepada kepercayaan, dasar bersama dan ia sedang direalisasikan.

\”Kami benar-benar bersemangat, ia menjadi tumpuan yang sangat penting untuk Malaysia-Singapura dan juga untukASEAN,\” katanya lagi.

Related Articles

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%
Nasional

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%

Menteri Kewangan II, Datuk Amir Hamzah AzizanKUALA LUMPUR, 13 Mac- Jumlah penerima...

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial
Nasional

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching / Foto BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac...

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang
Nasional

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang

FOTO RTMBATU MAUNG, 13 Mac- Pelajar sekolah daripada keluarga B40 di Pulau...

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini
Nasional

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac – Kementerian Sumber Manusia (Kesuma)...