Friday , 15 November 2024
Home Nasional Malaysia terbuka bekerjasama dengan Palestin pulihkan telekomunikasi Gaza
Nasional

Malaysia terbuka bekerjasama dengan Palestin pulihkan telekomunikasi Gaza

Malaysia terbuka bekerjasama dengan Palestin pulihkan telekomunikasi Gaza

Menteri Ekonomi Negara Palestin Mohammad al-Amour (kiri) dan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil/ BERNAMA

ISTANBUL, 5 November- Malaysia tidak menolak kemungkinan bekerjasama dengan Palestin untuk memulihkan sektor telekomunikasi di Gaza, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Fahmi, yang dalam lawatan kerja selama tiga hari ke Turkiye, mengadakan pertemuan dua hala dengan Menteri Ekonomi Negara Palestin Mohammad al-Amour hari ini untuk membincangkan potensi kerjasama antara Malaysia dan Palestin dalam pelbagai bidang.

Beliau berkata terdapat banyak peluang yang boleh diteroka Malaysia dan Palestin, seperti transformasi digital, pembayaran dalam talian, bank digital dan e-dompet.

\”Saya fikir perkara ini akan banyak membantu dalam memulihkan ekonomi (Palestin),\” katanya kepada Mohammad selepas menghadiri majlis penutup Sesi Ke-40 Jawatankuasa Tetap Kerjasama Ekonomi dan Komersial (COMCEC) Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) hari ini.

Mohammad yang mewakili kerajaan Palestin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakyat Malaysia yang tidak berputus asa memberi sokongan dan solidariti kepada rakyat Palestin.

Dalam pada itu, Fahmi turut mengadakan pertemuan dua hala dengan Ketua Pengarah Pusat Penyelidikan dan Latihan Statistik, Ekonomi dan Sosial bagi Negara-Negara Islam (SESRIC) Zehra Zumrut Selcuk.

Fahmi berkata beberapa peluang kerjasama boleh diteroka terutamanya melibatkan latihan global antara SESRIC dan Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) serta Akademi MCMC.

Semalam, beliau memberi kenyataan sebagai wakil Kumpulan Asia negara-negara anggota OIC pada COMCEC, selain Qatar dan Gambia.

Kunjungan ini merupakan kali pertama dalam tempoh 40 tahun seorang menteri Malaysia ke COMCEC yang kali terakhir dihadiri Tengku Razaleigh Hamzah pada 1984.- BERNAMA

Related Articles

Malaysia tumpu pemusatan ASEAN selaku Pengerusi ABAC tahun depan
Nasional

Malaysia tumpu pemusatan ASEAN selaku Pengerusi ABAC tahun depan

Foto RTMLIMA, 15 November-Malaysia selaku Pengerusi Majlis Penasihat Perniagaan Asean (ABAC) tahun...

Lebih 500 calon SPM sertai Program TRIPs
Nasional

Lebih 500 calon SPM sertai Program TRIPs

FOTO FCoEEKANGAR, 15 November- Seramai 509 orang pelajar dari 25 buah sekolah...

PM adakan pertemuan dengan Google di luar Sidang Kemuncak APEC
Nasional

PM adakan pertemuan dengan Google di luar Sidang Kemuncak APEC

Foto Facebook anwaribrahimofficialLIMA,15 November- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkesempatan mengadakan...

PM sumbang 50 naskah al-Quran kepada Persatuan Islam Peru
Nasional

PM sumbang 50 naskah al-Quran kepada Persatuan Islam Peru

Foto PMOLIMA, 15 November–Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan 50...