Home Nasional Malaysia tekad perkukuh tadbir urus telekomunikasi, multimedia ASEAN
Nasional

Malaysia tekad perkukuh tadbir urus telekomunikasi, multimedia ASEAN

Malaysia tekad perkukuh tadbir urus telekomunikasi, multimedia ASEAN

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil / Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 7 Januari – Malaysia berhasrat memperkasa rangka kerja tadbir urus telekomunikasi dan multimedia serantau sempena Kepengerusian ASEAN 2025.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menegaskan Malaysia bersedia menerajui perbincangan berkaitan inovasi digital, keselamatan siber dan akses teknologi yang saksama.

Katanya, usaha itu akan menjadikan ASEAN peneraju global dalam pendekatan beretika, inovatif, dan inklusif terhadap teknologi digital.

\”Kepengerusian ASEAN memberikan peluang kepada Malaysia untuk memupuk peraturan seragam di seluruh rantau ini selain memastikan manfaat kemajuan teknologi dinikmati lebih 700 juta rakyat ASEAN serta menggalakkan tadbir urus telekomunikasi dan multimedia yang beretika. Langkah ini memastikan ASEAN kekal di barisan hadapan dalam kemajuan teknologi global,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Kawal Selia Antarabangsa 2025 (IRC 2025) di ibu negara.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....