Home Nasional Malaysia seru pelan tindakan ARF dikemas kini
Nasional

Malaysia seru pelan tindakan ARF dikemas kini

Malaysia seru pelan tindakan ARF dikemas kini

Foto Facebook Wisma Putra

KUALA LUMPUR, 28 Julai- Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan menyeru agar satu Pelan Tindakan (POA) Forum Serantau ASEAN (ARF) yang baharu diadakan atau dikemas kini.

Perkara itu berikutan pelan tindakan semasa akan tamat pada 2025 selain mengambil kira landskap keselamatan yang semakin berkembang.

Wisma Putra dalam satu hantaran di Facebook berkata, Mohamad membuat seruan sedemikian semasa ARF ke-31 pada 27 Julai di Vientiane, Laos.

Seruan itu mencerminkan realiti semasa dan memastikan ARF kekal relevan sebagai forum keselamatan serantau terkemuka di rantau Asia-Pasifik, memandangkan landskap keselamatan yang semakin berkembang, kata kementerian dalam hantaran itu.

\”Menteri Luar menekankan bahawa persaingan kuasa besar menghalang kemajuan dalam ARF dan menegaskan keperluan untuk memanfaatkan sepenuhnya platform ARF bagi menggalakkan dialog dan perundingan yang membina,\” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad juga menyeru kuasa-kuasa besar untuk mengambil tanggungjawab dan bertindak sebagai kuasa penstabil bagi mengekalkan keamanan, kestabilan dan kemakmuran di rantau ini.

Menerusi hantaran itu beliau juga menggesa Mesyuarat itu untuk memperbaharui komitmen terhadap perintah antarabangsa yang berasaskan peraturan.

Kini ARF terdiri daripada 27 peserta iaitu kesemua 10 negara anggota ASEAN, Australia, Kanada, China, Kesatuan Eropah (EU), India, Jepun, New Zealand, Korea Selatan, Rusia dan Amerika Syarikat, Bangladesh, Korea Utara, Mongolia, Pakistan, Sri Lanka, Papua New Guinea dan Timor-Leste.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....