Home Nasional Malaysia seru NAM perkukuh solidariti bersama Palestin
Nasional

Malaysia seru NAM perkukuh solidariti bersama Palestin

Malaysia seru NAM perkukuh solidariti bersama Palestin

Mentei Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan

NEW YOR, 27 September- Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Menteri secara tertutup berhubung isu Palestin.

Dalam mesyuarat itu, Malaysia menyeru negara-negara anggota NAM untuk bersatu menyokong hak rakyat Palestin, selaras dengan nilai teras gerakan tersebut iaitu kemerdekaan, kenegaraan, dan kedaulatan.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam satu kenyataan berkata, NAM tidak boleh membiarkan Israel terus mempermainkan undang-undang antarabangsa dan mesti bertanggungjawab atas kekejaman yang dilakukan.

Jumlah kematian di Gaza melebihi 41 ribu orang dan lebih 70 peratus daripadanya adalah wanita dan kanak-kanak.

Tambahnya, Kerajaan yang bermoral tidak memusnahkan sistem pendidikan, kesihatan, serta air dan sanitasi.

Beliau yang membawa suara Malaysia turut menyeru negara-negara anggota NAM supaya menyokong sepenuhnya resolusi yang menggesa penamatan pendudukan tidak sah Israel dalam tempoh 12 bulan.

Mesyuarat Jawatankuasa Menteri NAM mengenai Palestin berlangsung di luar Perhimpunan Agung PBB di New York.

Related Articles

Banjir di Johor pulih sepenuhnya
Nasional

Banjir di Johor pulih sepenuhnya

FOTO FAIL KOTA TINGGI, 6 Februari – Tiga buah pusat pemindahan sementara...

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub
Nasional

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub

Foto UMKUALA LUMPUR, 6 Februari – Seramai 500 penduduk Orang Asli di...

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari
Nasional

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin KUALA LUMPUR, 6 Februari –...

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 6 Februari – Objektif Kepengerusian ASEAN, langkah menangani...