Wednesday , 5 February 2025
Home Nasional Malaysia sedia bantu, sokong kerajaan interim Bangladesh – PM Anwar
Nasional

Malaysia sedia bantu, sokong kerajaan interim Bangladesh – PM Anwar

Malaysia sedia bantu, sokong kerajaan interim Bangladesh – PM Anwar

FOTO FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 14 Ogos-Malaysia sedia membantu dan menyokong kerajaan interim Bangladesh dalam membina negara dan mengembalikan keamanan serta keselamatan negara tersebut.

Ia disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi panggilan telefon bersama Pemimpin yang juga Ketua Penasihat kepada kerajaan interim Bangladesh, Prof Muhammad Yunus, malam tadi.

\”Prof Yunus mempunyai sejarah hubungan yang baik dengan Malaysia. Justeru, saya telah memberi jaminan kesediaan Malaysia untuk membantu Bangladesh mengembalikan keamanan dan ketenteraman ke arah pembangunan semula negara itu.

\”Saya juga gembira dengan jaminan yang diberikan oleh beliau untuk melindungi dan memberi layanan yang saksama kepada semua warga Bangladesh termasuk golongan minoriti,\” kata Anwar menerusi Facebook beliau hari ini.

Menerusi panggilan itu, Anwar turut mengucapkan tahniah atas pelantikan Prof Muhammad Yunusbaru-baru ini dan memaklumkanbeliau telah dijemput ke Bangladesh bagi mengukuhkan hubungan kedua-dua negara.

\”Prof Yunus turut menjemput saya untuk melakukan lawatan pendek ke Bangladesh dalam masa yang terdekat bagi mengukuhkan lagi hubungan persaudaraan di antara kedua-dua negara,\” katanya.

Pada 8 ogos lepas,Prof Muhammad Yunus yang juga pemenang hadiah nobel berusia 84 tahun itu mengangkat sumpah jawatan untuk mengetuai kerajaan peralihan 17 anggota di Bangladesh.

Ia berlaku selepas protes berminggu-minggu yang membawa kepada kejatuhan kerajaan Liga Awami Perdana Menteri Sheikh Hasina.

Related Articles

Banjir: Sarawak rekod 5,845 penduduk terjejas, Sabah 175 orang
Nasional

Banjir: Sarawak rekod 5,845 penduduk terjejas, Sabah 175 orang

Foto APM SarawakKUALA LUMPUR, 5 Februari– Jumlah penduduk terjejas banjir di dua...

Rumah dihempap tanah runtuh di Tatau, empat keluarga selamat
Nasional

Rumah dihempap tanah runtuh di Tatau, empat keluarga selamat

Foto Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) TatauTATAU, 5 Februari – Empat keluarga...

Amaran hujan berterusan di Sarawak dan Sabah
Nasional

Amaran hujan berterusan di Sarawak dan Sabah

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 5 Februari – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan...

Remaja perempuan maut digilis bas di Kuala Terengganu
Nasional

Remaja perempuan maut digilis bas di Kuala Terengganu

FOTO FAIL KUALA TERENGGANU, 5 Februari – Seorang remaja perempuan maut selepas...