Home Nasional Malaysia sambut Hari TVET sekolah peringkat kebangsaan tahun hadapan
Nasional

Malaysia sambut Hari TVET sekolah peringkat kebangsaan tahun hadapan

Malaysia sambut Hari TVET sekolah peringkat kebangsaan tahun hadapan

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek merasmikan Sambutan Hari TVET peringkat kebangsaan di Dewan SMK Seri Perdana/Foto RTM

KLUANG, 9 September – Semua sekolah dalam negara akan menyambut Hari Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Sekolah Peringkat Kebangsaan secara serentak, bermula 2 Jun 2025.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, sambutan itu akan melibatkan kira-kira sepuluh ribu sekolah daripada semua jenis sekolah.

Sambutan berperanan menyediakan laluan kerjaya jelas kepada pelajar dalam bidang teknikal dan vokasional, yang semakin relevan dengan keperluan industri pada masa kini dan masa hadapan.

Ia mampu membina minat pelajar terhadap TVET menerusi pelbagai aktiviti interaktif, seperti pameran, bengkel, demonstrasi, dan pameran teknologi.

Selain itu, Kementerian Pendidikan (KPM) juga komited untuk memperkasa TVET di Johor.

\”Program-program TVET di Johor ini akan diperkasa, pada 2027, sebuah KV di Pengerang akan dibangunkan khusus untuk memberi tumpuan dalam industri EV, dan pendekatan lain dalam industri, demi untuk pembangunan TVET negara,\” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Sambutan Hari TVET peringkat kebangsaan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Perdana.

Sebanyak 16 SMK, enam Kolej Vokasional dan enam institusi pendidikan menyertai sambutan itu.

Related Articles

Angka penduduk terjejas banjir di Sarawak, Sabah kekal
Nasional

Angka penduduk terjejas banjir di Sarawak, Sabah kekal

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 9 Februari-Seramai 2,464 orang daripada 763 keluarga terjejas banjir...

Pelepasan cukai sehingga RM1,000 bagi pembelian alat, aktiviti sukan
Nasional

Pelepasan cukai sehingga RM1,000 bagi pembelian alat, aktiviti sukan

Foto FB Hannah YeohKUALA LUMPUR, 9 Februari- Pelepasan cukai sehingga RM1,000 ditawarkan...

50 murid kurang berkemampuan terima sumbangan persekolahan
Nasional

50 murid kurang berkemampuan terima sumbangan persekolahan

Datuk Ameer Ali MydinSUBANG JAYA, 8 Februari- Seramai 50 murid daripada keluarga...

76 keluarga mangsa ribut terima Bantuan Wang Ihsan RM1,000
Nasional

76 keluarga mangsa ribut terima Bantuan Wang Ihsan RM1,000

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha MustafaSEGAMAT, 8 Februari...