Home Nasional Malaysia sambut baik persefahaman Fatah dan Hamas
Nasional

Malaysia sambut baik persefahaman Fatah dan Hamas

Malaysia sambut baik persefahaman Fatah dan Hamas

Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 24 Julai- Malaysia menyambut baik persefahaman antara Fatah dan Hamas menerusi Deklarasi Beijing bagi menamatkan perpecahan di Palestin.

Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, kerajaan juga merakamkan penghargaan kepada Republik Rakyat China atas usaha mempertemu 14 fraksi yang membentuk perjuangan Palestin.

\”Jemaah Menteri juga mengalu-alukan persefahaman dan perpaduan antara Fatah dan Hamas melalui Deklarasi Beijing yang telah diumumkan dan dilaporkan semalam.

\”Selain itu, Jemaah Menteri turut merakamkan penghargaan buat Republik Rakyat China atas usaha mempertemu 14 fraksi perjuangan rakyat Palestin dan diharapkan penyatuan ini akan membuka lembaran baharu buat Palestin,\” katanya pada sidang media pasca Mesyuarat Kabinet di sini.

Tambah beliau yang juga merupakan jurucakap Kerajaan Perpaduan, Malaysia turut menyambut baik keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bahawa pencerobohan Israel terhadap Palestin menyalahi undang-undang dan tindakan tegas perlu diambil segera.

Jelasnya lagi, Malaysia akan segera menghubungi sejumlah negara termasuk Indonesia dan Brunei untuk mengambil tindakan bersama di forum antarabangsa.

Dalam pada itu, Fahmi mengesahkan isu pemberian sumbangan dan tajaan oleh syarikat minuman keras kepada sekolah Cina dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Kabinet hari ini.

Menurutnya, perkara lanjut akan dijawab Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

\”Ada dibincangkan dan diputuskan, KPM akan jawab nanti, saya minta berhubung dengan pejabat KPM..saya serahkan kepada KPM,\” kata Fahmi.

Terdahulu, media melaporkan, sebuah sekolah rendah di Sepang telah menganjurkan konsert amal dengan penglibatan sebuah syarikat minuman keras yang merupakan antara penyumbang.

BERITA BERKAITAN:

  • Perdamaian Fatah-Hamas, perkukuh solidariti rakyat Palestin

Related Articles

Pembukaan dua pusat NADI Baharu di Johor lengkapkan 101 NADI di negeri itu
Nasional

Pembukaan dua pusat NADI Baharu di Johor lengkapkan 101 NADI di negeri itu

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie ChingKULAI, 22 Mac – Dua buah lagi...

Malaysia Airlines sambung semula penerbangan ke Heathrow London
Nasional

Malaysia Airlines sambung semula penerbangan ke Heathrow London

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 22 Mac – Malaysia Airlines hari ini...

37 anak yatim PRITY terima sumbangan kelengkapan hari raya
Nasional

37 anak yatim PRITY terima sumbangan kelengkapan hari raya

Seramai 37 anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Ibu Tunggal dan Anak Yatim...

Lebih 1,000 wanita hadiri Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran
Nasional

Lebih 1,000 wanita hadiri Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran

Foto Badan Perhubungan UMNO KedahSUNGAI PETANI, 22 Mac – Lebih 1,000 jemaah...