Home Nasional Malaysia sambut baik keputusan UNGA berkaitan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Nasional

Malaysia sambut baik keputusan UNGA berkaitan hak asasi mutlak rakyat Palestin

Malaysia sambut baik keputusan UNGA berkaitan hak asasi mutlak rakyat Palestin

WISMA PUTRA

PUTRAJAYA, 12 Disember- Malaysia mengalu-alukan dua resolusi berkaitan hak asasi mutlak rakyat Palestin yang diluluskan semasa Sesi Tergempar Khas Ke-10 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNGA) yang diadakan semalam di New York, Amerika Syarikat.

Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) dalam kenyataan hari ini memaklumkan resolusi bertajuk \”Demand for Ceasefire in Gaza\” menzahirkan gesaan sepadu oleh masyarakat antarabangsa untuk menamatkan keganasan, memastikan akauntabiliti dan mencapai keamanan dan kestabilan yang berkekalan di wilayah itu.

Sementara itu resolusi bertajuk \”Support for the Mandate of the United Nations Relief and Works Agency for Palestine Refugees in the Near East (UNRWA)\” mencerminkan sokongan tidak berbelah bahagi masyarakat antarabangsa terhadap peranan dan mandat Agensi PBB berkenaan, serta komitmen yang jelas untuk menentang sebarang percubaan untuk melemahkan dan menamatkan operasinya.

\”Malaysia menggesa masyarakat antarabangsa untuk melaksanakan kedua-dua resolusi secara menyeluruh dengan segera.

\”Malaysia berpegang teguh dengan pendirian berprinsip dalam mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat, berdasarkan sempadan pra-1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara,\” menurut kenyataan itu.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....