Thursday , 19 September 2024
Home Nasional Malaysia, Rusia setuju komuniti antarabangsa perlu tingkat tekanan tamatkan kempen genosid Israel di Gaza
Nasional

Malaysia, Rusia setuju komuniti antarabangsa perlu tingkat tekanan tamatkan kempen genosid Israel di Gaza

Malaysia, Rusia setuju komuniti antarabangsa perlu tingkat tekanan tamatkan kempen genosid Israel di Gaza

FOTO FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 4 September- Malaysia dan Rusia bersetuju bahawa masyarakat antarabangsa mesti meningkatkan tekanan untuk menamatkan kempen genosid Israel di Gaza.

Menerusi hantaran di laman Facebook, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah menyatakan harapan supaya Rusia akan meneruskan usaha yang membina ke arah penyelesaian aman dan mampan terhadap konflik di Ukraine, bersandarkan kepada asas untuk perdamaian yang dirundingkan.

“Melalui libat urus berterusan, saya percaya kita boleh memperdalam pemahaman kita pada masa yang mencabar ini.

\”Tambahan pula, kami bersetuju bahawa komuniti antarabangsa mesti meningkatkan tekanan untuk menamatkan kempen pembunuhan beramai-ramai Israel di Gaza.

\”Saya juga menyatakan harapan saya bahawa Rusia akan meneruskan jalan yang membina ke arah penyelesaian yang aman dan mampan terhadap konflik di Ukraine, terletak di atas asas untuk keamanan yang dirundingkan,\”katanya dalam hantaran tersebut.

Anwar mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Rusia Vladimir Putin hari ini.

Pertemuan dua hala itu bersempena dengan lawatan kerja dua hari Anwar ke Rusia dan Perdana Menteri dijadualkan menyampaikan ucapan pada sidang pleno Forum Ekonomi Timur (EEF) kesembilan, esok.

Sementara itu dalam hantaran sama, Anwar memaklumkan Malaysia menerima jemputan Rusia untuk menyertai Sidang Kemuncak BRICS di Kazan, Rusia pada 22 hingga 24 Oktober, 2024.

Beliau berkata jemputan yang disampaikan oleh Presiden Vladimir Putin sendiri semasa sesi makan malam kerjadua hala yang berpanjangan dan substantif merupakan bukti jelas mengenai kepentingan Malaysia kepada Rusia.

“Ini menandakan satu langkah penting ke arah matlamat akhir kita untuk menyertai kumpulan itu,” kata beliau.

BRICS adalah sebuah organisasi antara kerajaan yang terdiri daripada Brazil, Rusia, India, China, Afrika Selatan, Iran, Mesir, Ethiopia, dan Emiriah Arab Bersatu.

Related Articles

Agong berkenan adakan lawatan negara ke China bermula esok
Nasional

Agong berkenan adakan lawatan negara ke China bermula esok

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim/ Foto facebook Sultan Ibrahim Sultan IskandarBEIJING, 18...

Banjir kilat: 12 rumah di Tikam Batu dinaiki air
Nasional

Banjir kilat: 12 rumah di Tikam Batu dinaiki air

Foto Ihsan Ahli Parlimen Sungai PetaniSUNGAI PETANI, 18 September-Hujan lebat selama beberapa...

15 rumah terjejas akibat ribut di Perlis
Nasional

15 rumah terjejas akibat ribut di Perlis

Foto MAIPsKANGAR, 18 September- Sebanyak 15 rumah terjejas akibat ribut yang melanda...

Banjir: 11 keluarga terjejas di Perlis
Nasional

Banjir: 11 keluarga terjejas di Perlis

Foto APM PerlisKANGAR, 18 September- Banjir di Perlis menyebabkan dua pusat pemindahan...