Friday , 15 November 2024
Home Nasional Malaysia perlu terajui teknologi baharu, bersaing di peringkat global
Nasional

Malaysia perlu terajui teknologi baharu, bersaing di peringkat global

Malaysia perlu terajui teknologi baharu, bersaing di peringkat global

Datuk Seri Fadillah Yusof

KUALA LUMPUR, 8 November- Malaysia perlu tekad mendepani teknologi baharu bagi menjamin daya saing dalam tenaga kerja masa hadapan.

Ia seiring dengan teknologi terkini seperti kecerdasan buatan (AI), pembelajaran mesin, dan automasi yang kini giat membentuk semula landskap tenaga kerja global.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, menegaskan ke arah itu, negara perlu bukan sahaja menyesuaikan diri tetapi juga melahirkan tenaga kerja mahir yang mampu meneraju dalam bidang tersebut.

\”Dalam era baharu ini, pembelajaran sepanjang hayat bukan lagi satu pilihan, tetapi satu keperluan. Ketika kita bersiap sedia menghadapi masa depan, kita mesti membentuk minda dalam kalangan tenaga kerja yang menghayati prinsip belajar, melupakan, dan belajar semula.

\”Inilah kunci untuk berjaya dalam persekitaran yang sentiasa berkembang di mana peningkatan kemahiran perlu kekal sebagai keutamaan dalam usaha kita,\” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Anugerah Pembangunan Sumber Manusia (HRD Awards) 2024 di ibu negara.

Majlis berprestij itu menyaksikan pencapaian cemerlang 36 pengamal sumber manusia dan organisasi yang menyerlah dalam pembangunan modal insan peringkat nasional.

Related Articles

Malaysia tumpu pemusatan ASEAN selaku Pengerusi ABAC tahun depan
Nasional

Malaysia tumpu pemusatan ASEAN selaku Pengerusi ABAC tahun depan

Foto RTMLIMA, 15 November-Malaysia selaku Pengerusi Majlis Penasihat Perniagaan Asean (ABAC) tahun...

Lebih 500 calon SPM sertai Program TRIPs
Nasional

Lebih 500 calon SPM sertai Program TRIPs

FOTO FCoEEKANGAR, 15 November- Seramai 509 orang pelajar dari 25 buah sekolah...

PM adakan pertemuan dengan Google di luar Sidang Kemuncak APEC
Nasional

PM adakan pertemuan dengan Google di luar Sidang Kemuncak APEC

Foto Facebook anwaribrahimofficialLIMA,15 November- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkesempatan mengadakan...

PM sumbang 50 naskah al-Quran kepada Persatuan Islam Peru
Nasional

PM sumbang 50 naskah al-Quran kepada Persatuan Islam Peru

Foto PMOLIMA, 15 November–Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan 50...