Saturday , 21 December 2024
Home Nasional Malaysia perlu contohi kemajuan teknologi digital India
Nasional

Malaysia perlu contohi kemajuan teknologi digital India

Malaysia perlu contohi kemajuan teknologi digital India

Menteri Digital Gobind Singh Deo

NEW DELHI, 21 Ogos– Malaysia perlu mencontohi kemajuan India dalam sektor teknologi pendigitalan.

Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke India dilihat dapat memanfaatkan peluang berkenaan.

\”Kita lihat kepada bagaimana India telah membangun khususnya dalam bidang teknologi. Itu satu perkara yang perlu kita contohi.

\”Jadi, kita perlu belajar daripada kejayaan India dan juga perlu meminta supaya mereka memberikan kita panduan\”, katanya kepada RTM di sini.

Semalam, Gobind Singh dan Menteri Luar, Dr S. Jaishankar memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) Kerjasama Dalam Sektor Teknologi Digital.

Selain itu, 7 MoU dalam sektor pekerja asing, pelancongan, pentadbiran awam dan perubatan turut ditandatangani di antara Malaysia dan India.

Dalam pada itu, lawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke India juga dilihat mampu mengukuhkan hubungan dua hala, khususnya yang membabitkan perdagangan Malaysia-India.

\”Saya sebagai rakyat Malaysia, saya rasa terpegun dengan lawatan ini terutama kerana mendapat perhatian dan directionyang cukup jelas dari Perdana Menteri India. Dengan usaha ini, kita dapat meningkatkan lagi nilai perdagangan antara dua negara\”, menurut Ahli Perniagaan, Zulkifli Amin Mamat.

\”Satu lawatan yang sangat bersejarah bagi saya kerana sepertimana yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, ini juga merupakan lawatan terhadap kawan beliau dan saya rasa itu satu simbol yang amat penting\”, ujar Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh ketika ditemui media di sini.

Perdana Menteri akan mengakhiri lawatan rasminya hari ini dengan menghadirimesyuarat bersama pemain-pemain industri India serta bertemu wakil agama Islam dan Ketua Parti Bharatiya Janata (BJP).

Related Articles

Amaran ribut petir, hujan lebat di Perak, Selangor dan Sabah
Nasional

Amaran ribut petir, hujan lebat di Perak, Selangor dan Sabah

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 21 Disember – Amaran ribut petir, hujan lebat...

Tol percuma sempena Krismas, 23 dan 24 Disember
Nasional

Tol percuma sempena Krismas, 23 dan 24 Disember

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 21 Disember – Pemberian tol percuma akan kepada...

Teater: Platform utama angkat karya agung bangsa
Nasional

Teater: Platform utama angkat karya agung bangsa

FOTO BERNAMAMELAKA, 21 Disember – Pementasan teater kekal relevan sebagai medium utama...

Kes kemalangan di Sarawak meningkat, JPJ ambil langkah tegas
Nasional

Kes kemalangan di Sarawak meningkat, JPJ ambil langkah tegas

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibolah / Foto RTMKUCHING, 21 Disember –...