Home Nasional Malaysia perkukuh kerjasama serantau menjelang Kepengerusian ASEAN
Nasional

Malaysia perkukuh kerjasama serantau menjelang Kepengerusian ASEAN

Malaysia perkukuh kerjasama serantau menjelang Kepengerusian ASEAN

Tiong hadir pada Majlis Sambutan Penerbangan Pertama Scoot Airlines ke Melaka di Lapangan Terbang Batu Berendam, Melaka

MELAKA, 23 Oktober – Malaysia akan memperkukuhkan kerjasama serantau sebagai persediaan sebagai Pengerusi ASEAN 2025, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing.

Beliau berharap ia akan meningkatkan inisiatif pelancongan secara kolaboratif, mempromosikan keterhubungan yang lebih baik dan pertumbuhan ekonomi di seluruh Asia Tenggara.

\”Dengan membentuk perkongsian strategik dan kerjasama dengan syarikat penerbangan antarabangsa kita akan menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan global, seiring dengan persiapan untuk Tahun Melawat Malaysia 2026,\” katanya semasa berucap pada Sambutan Penerbangan Pertama Pesawat Scoot ke Melaka di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) Batu Berendam.

Turut hadir Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman, Setiausaha Kerajaan Melaka Datuk Azhar Arshad dan Ketua Pegawai Komersial Scoot Pte Ltd Calvin Chan.

Tambah beliau, Malaysia juga mencatatkan kemasukan 18.4 juta pelancong antarabangsa dari Januari hingga September tahun ini.

Angka itu sekali gus meningkat 27 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

\”Pencapaian ini mencerminkan kejayaan strategi pelancongan Malaysia yang mengutamakan pertumbuhan ekonomi yang mampan,\” katanya.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....