Home Nasional Malaysia, Perancis komited tangani isu global bersama
Nasional

Malaysia, Perancis komited tangani isu global bersama

Malaysia, Perancis komited tangani isu global bersama

Anwar Ibrahim dan Emmanuel Macron dalam pertemuan pada luar Sidang Kemuncak G20 di Brazil/RTM

RIO DE JANEIRO, 19 November- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Presiden Perancis Emmanuel Macron pada luar Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) di sini.

Pertemuan itu bertujuan memperkukuh komitmen Kuala Lumpur dan Paris sekali gus mempererat hubungan strategik dan kerjasama dua hala.

Menurut Anwar, perbincangan meliputi pelbagai aspek penting, termasuk perdagangan, pelaburan, pelancongan dan pertahanan.

Kedua-dua pemimpin turut menekankan kepentingan kerjasama dalam bidang kecerdasan buatan (AI) sebagai usaha memacu inovasi dan pembangunan ekonomi di kedua-dua negara.

Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia turut menyampaikan penghargaan kepada Perancis atas sokongannya menerusi kerjasama pembangunan ASEAN-Perancis.

\”Kami menghargai komitmen Perancis dalam memperkukuh hubungan dengan ASEAN khususnya melalui inisiatif pembangunan yang saling menguntungkan,\” katanya pada pertemuan itu.

Selain isu bilateral, kedua-dua pemimpin turut membincangkan situasi kritikal di Palestin terutama berkenaan genosid yang sedang berlaku.

Perdana Menteri dan Presiden Macron sepakat mengenai keperluan segera untuk mencapai gencatan senjata dan menyeru kerjasama antarabangsa bagi menamatkan penderitaan rakyat Palestin.

Anwar menegaskan bahawa solidariti global dan tindakan tegas amat diperlukan untuk menyelesaikan krisis tersebut dengan adil dan berkekalan.

Pertemuan berkenaan mencerminkan hubungan erat Malaysia dan Perancis serta kesungguhan kedua-dua negara dalam menangani isu-isu global dan serantau yang penting.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....