Home Nasional Malaysia mohon China pertimbangkan pengecualian visa 30 hari
Nasional

Malaysia mohon China pertimbangkan pengecualian visa 30 hari

Malaysia mohon China pertimbangkan pengecualian visa 30 hari

Foto Hiasan/Foto RTM

KUALA LUMPUR, 30 Julai-Menteri Luar Negeri Datuk Seri Mohamad Hasan berharap agar China mempertimbangkan pemberian visa selama 30 hari kepada rakyat Malaysia.

Jelas Mohamad, kemudahan berkenaan dapat memudahkan perjalanan selain memperkukuhkan hubungan perniagaan antara kedua-dua negara.

\”Permohonan ini adalah berasaskan kepada prinsip reciprocity; kami bersedia memberikan kemudahan yang sama kepada China. Dengan adanya visa ini, ia akan memudahkan rakyat Malaysia, terutamanya mereka yang mempunyai urusan perniagaan, untuk melawat China tanpa sebarang halangan,\” ujar Mohamad ketika menjawab pertanyaan daripada Senator Datuk Seri Dr Awang Sariyan di Parlimen mengenai langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk meningkatkan interaksi antara rakyat dua negara.

Ujarnya, ketika ini, China memberikan pengecualian visa selama 15 hari kepada rakyat Malaysia yang melawat negara berkenaan.

Sebagai makluman, Malaysia telah pun memberi pengecualian visa selama 30 hari bagi warganegara China dan India melalui Pelan Liberalisasi Visa (PLV) yang berkuatkuasa sejak 1 Disember tahun lalu.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....