Home Nasional Malaysia kutuk serangan Israel terhadap sekolah seliaan PBB
Nasional

Malaysia kutuk serangan Israel terhadap sekolah seliaan PBB

Malaysia kutuk serangan Israel terhadap sekolah seliaan PBB

Foto REUTERS

PUTRAJAYA, 5 Ogos-Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan terkini oleh rejim Zionis Israel yang menyasarkan dua sekolah di bawah seliaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Gaza, iaitu sekolah Hassan Salama dan al-Nasr.

Jelas Wisma Putra dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Kerajaan Malaysia menuntut tindak balas yang lebih konkrit dan berkesan daripada masyarakat antarabangsa, terutamanya mereka yang memperjuangkan peraturan perintah antarabangsa, terhadap rejim Zionis Israel yang terus melakukan pembunuhan beramai-ramai dan kemusnahan di Gaza.

“Rejim Zionis Israel menunjukkan keangkuhannya kepada dunia dengan mengabaikan seruan antarabangsa bagi gencatan senjata seperti yang digariskan dalam Resolusi Majlis Keselamatan PBB 2735 (2024).

\”Mereka gagal menghormati semua undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia,” tambah kenyataan itu lagi.

Jelas Wisma Putra, Malaysia akan terus berpegang teguh kepada komitmen terhadap perjuangan Palestin dan akan meneruskan usaha ke arah penubuhan Negara Palestin yang merdeka dan berdaulat berdasarkan sempadan pra-1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kotanya.

Malaysia turut berhasrat untuk bekerjasama dengan negara-negara sepemikiran bagi menyokong kemasukan Negara Palestin ke PBB sebagai anggota penuh.

Related Articles

Miliki 300 liter diesel tanpa lesen, lelaki tempatan didenda RM3,500
Nasional

Miliki 300 liter diesel tanpa lesen, lelaki tempatan didenda RM3,500

Foto KPDN LABUAN, 30 April- Seorang lelaki tempatan didenda Mahkamah Sesyen di...

Semua pihak harus berani bertindak, tangani gangguan seksual
Nasional

Semua pihak harus berani bertindak, tangani gangguan seksual

Tangkap layar rakaman video pemandu e-hailing ketika ditahan orang awamKUCHING, 30 April-...

Presiden Maldives Mohamed Muizzu akhiri lawatan rasmi empat hari ke Malaysia
Nasional

Presiden Maldives Mohamed Muizzu akhiri lawatan rasmi empat hari ke Malaysia

Presiden Maldives, Dr Mohamed Muizzu diberi kawalan kehormat dalam satu majlis pelepasan...

Anwar hubungi pemimpin Kemboja, Singapura bincang isu Myanmar dan perdagangan serantau
Nasional

Anwar hubungi pemimpin Kemboja, Singapura bincang isu Myanmar dan perdagangan serantau

Foto FB Anwar IbrahimKUALA LUMPUR, 29 April – Perdana Menteri, Datuk Seri...