Home Nasional Malaysia kutuk pembunuhan Ismail Haniyeh
Nasional

Malaysia kutuk pembunuhan Ismail Haniyeh

Malaysia kutuk pembunuhan Ismail Haniyeh

Foto AFP

KUALA LUMPUR, 31 Julai- Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serta menggesa siasatan segera dan menyeluruh dibuat terhadap pembunuhan Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh dan pengawal peribadinya, hari ini.

Wisma Putra dalam kenyataannya berkata mereka yang bertanggungjawab dalam perkara itu perlu dibawa ke muka pengadilan.

\”Malaysia sentiasa berdiri teguh bersama rakyat Palestin, serta menegaskan komitmen untuk menyokong perjuangan mereka bagi keadilan dan penentuan nasib sendiri.

\”Peranan serta sumbangan Haniyeh juga akan terus diiktiraf dalam usaha membebaskan Palestin dan rakyatnya daripada penjajahan haram Israel,\” menurut kenyataan itu.

Wisma Putra turut memaklumkan, semua ahli delegasi Malaysia yang terlibat dalam Majlis Perasmian Presiden Republik Islam Iran yang berada di Tehran ketika ini selamat.

Ini termasukYang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

BERITA BERKAITAN:

  • Anwar kutuk pembunuhan Ismail Haniyeh

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian...

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...