Home Nasional Malaysia komited perkukuh strategi mendepani teknologi kuantum
Nasional

Malaysia komited perkukuh strategi mendepani teknologi kuantum

Malaysia komited perkukuh strategi mendepani teknologi kuantum

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari

KUALA LUMPUR, 7 Ogos– Negara komited memperkukuhkan strateginya dalam menghadapi transformasi teknologi kuantum yang dijangka sedia di pasaran antara tahun 2028 hingga 2030.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata walaupun teknologi itu dijangka membawa pelbagai manfaat termasuk meningkatkan keselamatan negara dan memajukan ekonomi, namun ia juga berisiko menjejaskan kemajuan negara.

Sehubungan itu, Kementerian berkenaan komited dalam mengintegrasikan prinsip dan teknologi kuantum untuk memastikan strategi keselamatan ketenteraan negara, sentiasa ke hadapan dan mampan.

\”Teknologi kuantum menawarkan potensi transformatif untuk komunikasi dan pengawasan yang selamat. Bagaimanapun, ia boleh mengganggu keselamatan global.

\”Negara-negara, khususnya ASEAN, harus membangunkan strategi yang mantap, rangka kerja keselamatan yang berdaya tahan dan memupuk kerjasama antarabangsa untuk mengurus dinamik kuasa peralihan\”,katanya.

Beliau berucap merasmikan Siber Siaga 2024 bersempena Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Digital Siber dan Keselamatan Asia di ibu negara.

Pada majlis tersebut beliau turut menyaksikan upacara penyerahan dokumen kontrak perolehan network convergence antara Kementerian Pertahanan TM One.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....