Home Nasional Malaysia kesal kebiadaban Israel
Nasional

Malaysia kesal kebiadaban Israel

Malaysia kesal kebiadaban Israel

Datuk Seri Mohamad bercakap dalam sidang media selepas sesi perbahasan di Perhimpunan Agung PBB ke-79 di New York

NEW YORK, 29 September- Malaysia menyatakan kekesalan terhadap tindakan biadab Israel susulan kematian pemimpin Hizbullah, Hassan Nasrallah.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tindakan Israel itu jelas menunjukkan mereka tidak peduli terhadap pandangan atau keputusan masyarakat antarabangsa.

\”Mereka sudah menjadi sebuah negara yang amat biadap, kurang ajar dan bongkak itu sebabnya perlu diadakan sesuatu yang drastik untuk mengekang kebiadapan itu supaya tidak ada lagi senjata yang digunakan dengan jelas digunakan untuk membunuh rakyat yang tidak bersalah terutama wanita dan kanak-kanak,\” katanya.

Datuk Seri Mohamad bercakap dalam sidang media selepas sesi perbahasan di Perhimpunan Agung PBB ke-79 di New York.

Terdahulu, Hizbullah mengumumkan bahawa Setiausaha Agungnya, Hassan Nasrallah telah terkorban dalam serangan udara rejim Zionis di pinggir bandar selatan Beirut.

Related Articles

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%
Nasional

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%

Menteri Kewangan II, Datuk Amir Hamzah AzizanKUALA LUMPUR, 13 Mac- Jumlah penerima...

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial
Nasional

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching / Foto BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac...

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang
Nasional

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang

FOTO RTMBATU MAUNG, 13 Mac- Pelajar sekolah daripada keluarga B40 di Pulau...

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini
Nasional

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac – Kementerian Sumber Manusia (Kesuma)...