Home Nasional Malaysia kenakan duti anti lambakan sementara PET dari China-Indonesia
Nasional

Malaysia kenakan duti anti lambakan sementara PET dari China-Indonesia

Malaysia kenakan duti anti lambakan sementara PET dari China-Indonesia

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 7 Januari – Kerajaan membuat penentuan awal berhubung penyiasatan duti anti lambakan ke atas import produk Polyethylene Terephthalate (PET)yang berasal atau dieksport dari China dan Republik Indonesia.

Menurut kenyataan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), kerajaan memutuskan untuk mengenakan duti anti lambakan sementara sebanyak 6.33 peratus hingga 37.44 peratus selaras dengan Seksyen 23 Akta Duti Timbal Balik dan Anti-Lambakan 1993.

\”Kerajaan memutuskan untuk mengenakan duti anti lambakan sementara dalam bentuk jaminan bank bersamaan dengan nilai margin lambakan yang dikenal pasti dalam penentuan awal.

\”Kerajaan mendapati bahawa terdapat bukti yang mencukupi untuk meneruskan penyiasatan terhadappengimportan dagangan subjek dari China dan Indonesia,\” menurut kenyataan itu.

Katanya, langkah itu bertujuan mengelakkan kecederaan material lanjut kepada industri tempatan.

\”Duti ini akan berkuat kuasa selama tempoh tidak melebihi 120 hari, bermula 7 Januari,\” katanya.

Penentuan muktamad mengenai penyiasatan ini akan dibuat selewat-lewatnya pada 6 Mei 2025.

Sementara itu, pihak berkepentingan dialu-alukan untuk mengemukakan ulasan terhadap laporan penentuan awal ini kepada MITI sebelum 17 Januari, pada pukul 5.30 petang.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....