Home Nasional Malaysia kembali dalam radar pelabur
Nasional

Malaysia kembali dalam radar pelabur

Malaysia kembali dalam radar pelabur

Pemandangan menempatkan beberapa kilang industri makanan dan minuman di kawasan Taman Perindustrian Bandar Teknologi Enstek atau Techpark@Enstek /Foto hiasan Bernama

KUALA LUMPUR, 22 Ogos -Malaysia semakin dikenali sebagai destinasi pilihan pelabur utama di Asia Tenggara.

Buktinya, pelabur asing kini kembali memasuki pasaran tempatan didorong pertumbuhan ekonomi Malaysia yang semakin baik, pentadbiram kerajaan yang stabil, dan prestasi ringgit yang semakin pulih.

Menurut laporan Reuters, pelabur asing secara konsisten telah melabur lebih banyak wang ke dalam pasaran hutang dan saham Malaysia tahun ini.

Bulan lalu menyaksikan pelaburan masuk sebanyak USD 1.75 bilion ke dalam pasaran hutang negara; rekod tertinggi tahun ini susulan kemelut politik di negara jiran iaitu Thailand dan Indonesia.

Bursa Malaysia pula berada dalam trajektori menaik dan dijangka mencatat prestasi paling kukuh sejak sedekad yang lalu.

Laporan sama menyatakan, penganalisis yakin ringgit telah menerima manfaat daripada kejayaan ini, dengan muncul sebagai mata wang paling cemerlang di Asia setakat ini.

Matawang tempatan itu dijangka akan terus mengukuh apabila Rizab Persekutuan Amerika Syarikat mula menurunkan kadar faedah sekaligus meningkatkan daya tarikan bon Malaysia.

Pengurus portfolio strategi bon pasaran baru muncul dinamik T. Rowe Price, Leonard Kwan menyifatkan prestasi ringgit sebagai mengejutkan dengan kebanyakkan pulangan daripada prestasi itu datang daripada mata wang, dan bukannya bon.

Kwan juga yakin kebangkitan Malaysia didorong iklim ekonomi yang berkembang pada kadar terpantas dalam tempoh 18 bulan pada suku kedua tahun ini disamping persekitaran politik yang stabil sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

Ringgit mencapai paras tertinggi dalam tempoh 18 bulan berbanding dolar Amerika Khamis lalu, menjadikan kenaikan matawang tempatan itu melebihi 5% tahun ini.

Perubahan prestasi ini sangat ketara berbanding awal tahun ini apabila ringgit berada hampir pada paras terendah dalam tempoh 26 tahun.

Related Articles

Pendekatan diplomatik dalam isu Laut China Selatan, cara terbaik tangani pertikaian
Nasional

Pendekatan diplomatik dalam isu Laut China Selatan, cara terbaik tangani pertikaian

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan -Foto BERNAMAVIENTIANE, 11 Oktober– Pendekatan diplomatik...

Pelaksanaan prinsip SDG dan ESG, beri impak kepada negara – PETRA
Nasional

Pelaksanaan prinsip SDG dan ESG, beri impak kepada negara – PETRA

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir/FailKLANG, 11...

Tuanku Muhriz titah nasib kanak-kanak GISBH dibela
Nasional

Tuanku Muhriz titah nasib kanak-kanak GISBH dibela

Foto Fail/BERNAMASEREMBAN, 11 Oktober– Nasib kanak-kanak bawah Global Ikhwan Services and Business...

Lawatan negara Agong ke Brunei perkukuh hubungan diraja
Nasional

Lawatan negara Agong ke Brunei perkukuh hubungan diraja

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengadakan lawatan negara ke Brunei pada...