Thursday , 6 February 2025
Home Nasional Malaysia kecam pencerobohan Israel ke atas Masjid Al-Aqsa
Nasional

Malaysia kecam pencerobohan Israel ke atas Masjid Al-Aqsa

Malaysia kecam pencerobohan Israel ke atas Masjid Al-Aqsa

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 15 Ogos-Malaysia mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan Masjid Al-Aqsa oleh rejim zionis Israel pada 13 Ogos.

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, perbuatan itu merupakan pelanggaran serius terhadap salah satu tapak paling suci Islam.

“Malaysia amat berang dengan provokasi ini, yang menafikan hak rakyat Palestin untuk memasuki Masjid Al-Aqsa tetapi juga tidak menghormati umat Islam di seluruh dunia.

“Pelanggaran yang berulang kali ini jelas menunjukkan sikap tidak peduli yang berterusan terhadap tapak keagamaan yang suci ini, dan dilihat sebagai sebahagian daripada percubaan terancang Israel untuk menjejaskan status undang-undang Baitulmaqdis dan Al-Haram Al-Sharif,” katanya.

Dalam pada itu tindakan kejam berkenaan memperlihatkan sikap Israel yang tidak ambil peduli seruan antarabangsa bagi keamanan akan menambahkan ketegangan di rantau Asia Barat.

Israel jelas tidak menghiraukan proses damai, yang disokong oleh majoriti negara bertamadun.

“Malaysia dengan tegas menentang sebarang percubaan rejim Zionis Israel untuk mengubah status sejarah dan undang-undang Baitulmaqdis dan tempat-tempat sucinya.

“Malaysia menggesa masyarakat antarabangsa untuk memastikan rejim Zionis Israel bertanggungjawab atas percubaan berterusan dan sistematik untuk mengubah status Masjid Al-Aqsa,” tambah kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menyeru masyarakat antarabangsa untuk terus menekan Israel untuk menghentikan perang genosid di Gaza.

Tindakan segera dan tegas adalah penting untuk mengelakkan keadaan di Tebing Barat dan Gaza menjadi semakin meruncing.

Malaysia terus bersolidariti dengan rakyat Palestin dan akan meneruskan sokongan tidak berbelah bahagi untuk keamanan.

Related Articles

Banjir di Johor pulih sepenuhnya
Nasional

Banjir di Johor pulih sepenuhnya

FOTO FAIL KOTA TINGGI, 6 Februari – Tiga buah pusat pemindahan sementara...

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub
Nasional

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub

Foto UMKUALA LUMPUR, 6 Februari – Seramai 500 penduduk Orang Asli di...

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari
Nasional

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin KUALA LUMPUR, 6 Februari –...

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 6 Februari – Objektif Kepengerusian ASEAN, langkah menangani...