Home Nasional Malaysia-Jepun gerak kerjasama Asia Timur untuk pembangunan semula Gaza
Nasional

Malaysia-Jepun gerak kerjasama Asia Timur untuk pembangunan semula Gaza

Malaysia-Jepun gerak kerjasama Asia Timur untuk pembangunan semula Gaza

Foto Hiasan / AFP

LONDON, 18 Januari – Inisiatif pembangunan semula Gaza dianggarkan menelan belanja 1 trilion dolar susulan kemusnahan besar pada harta benda dan infrastruktur.

Justeru, Malaysia akan bekerjasama dengan Jepun untuk menyegerakan Persidangan Kerjasama Antara Asia Timur untuk Pembangunan Palestin (CEAPAD) bagi membincangkan inisiatif pembangunan semula wilayah tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata usaha itu penting untuk menangani kerosakan menyeluruh di Gaza, termasuk kemusnahan sekolah, masjid, hospital, dan kediaman.

\”Seluruh dihancurkan, sekolah, masjid, hospital, rumah melibatkan ada yang dijangka 1 trilion dolar. Tapi kita respon kerana Jepun cadangkan. Kerajaan Jepun cadangkan untuk Asia Timur, Jepun dan Malaysia co-chair usaha untuk pembangunan. Jadi, kita akan minta Jepun untuk menyegerakan pertemuan itu di peringkat rasmi,\” katanya.

Pembangunan semula Gaza dilihat perlu dilaksanakan dengan segera berikutan gencatan senjata yang telah dicapai.

Usaha Jepun untuk membantu pemulihan Gaza itu juga dibincangkan semasa lawatan Menteri Pertahanan Jepun, Shigeru Ishiba, ke Malaysia awal bulan ini.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....