Friday , 14 February 2025
Home Nasional Malaysia jalin kerjasama dengan Andorra
Nasional

Malaysia jalin kerjasama dengan Andorra

Malaysia jalin kerjasama dengan Andorra

Malaysia-Andorra bersetuju untuk mengembangkan kerjasama dalam bidang pelancongan

NEW YORK, 26 September– Malaysia secara rasmi menjalinkan hubungan diplomatik dengan Andorra.

Menurut Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, kedua-dua pihak bersetuju untuk mengembangkan kerjasama dalam bidang pelancongan.

Jelasnya, pelancongan adalah asas ekonomi Andorra yang mewakili 80 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK).

Justeru, Malaysia dan Andorra boleh bekerjasama dalam inisiatif pelancongan bersama seperti gabungan pakej pelancongan atau kempen pemasaran untuk menarik pelancong di kedua-dua destinasi.

\”Hubungan diplomatik yang diadakan ini adalah merupakan satu perkara baik yang ditunggu-tunggu oleh Andorrasendiri. Kita juga mengalu-alukan hubungan dua hala ini dijalinkansecara rasminya pada hari ini.

\”Kita berharap supaya hubungan dua hala antara Malaysia dan Andorraini akan diperkemaskan lagi dan dapat dipererat bila adanya hubungan antara \’people to people\’ terutamanya dari segi pelancongan\”, katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Majlis Pertukaran Nota Diplomatik dengan Menteri Luar Andorra, Imma Tor Faus di luar Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNGA) di New York.

Sementara itu, Imma Tor Faus pula berharap hubungan diplomatik ini sekali gus melengkapkan lingkaran hubungan diplomatik mereka dengan negara-negara Asia.

\”Fokus Andorra pada pemeliharaan ekosistem gunung dan mempromosikan pelancongan lestari seiring dengan pemuliharaan biodiversiti di Malaysia. Komitmen bersama terhadap pemeliharaan alam sekitar berpotensi besar untuk dimanfaatkan bersama.

\”Pelancongan adalah satu lagi bidang dimana kita boleh bekerjasama. Gunung Andorra dan sukan musim sejuk melengkapi pantai dan bandar yang meriah di Malaysia. Dengan mempromosikan pelancongan lestari, kita boleh mengukuhkan ekonomi dan hubungan antara rakyat kedua-dua negara\”, katanya.

Andorra merupakan sebuah negara kecil yang terletak di pergununganPyrenees di antara Sepanyol dan Perancis dengan populasi sekitar 77,000 orang.

Related Articles

Lima beranak rentung dalam kebakaran di Umbai
Nasional

Lima beranak rentung dalam kebakaran di Umbai

FOTO JBPM MELAKAMELAKA, 13 Februari- Lima beranak ditemui rentung selepas rumah mereka...

Banjir Sarawak: Jumlah penduduk terjejas tidak berubah, 262 masih berlindung di PPS
Nasional

Banjir Sarawak: Jumlah penduduk terjejas tidak berubah, 262 masih berlindung di PPS

FOTO PKOD BELURUKUCHING, 13 Februari- Jumlah penduduk terjejas banjir yang masih berada...

Pemandu lori kena serangan jantung, maut selepas langgar 4X4
Nasional

Pemandu lori kena serangan jantung, maut selepas langgar 4X4

FOTO HIASANSIBU, 13 Februari- Seorang pemandu lori maut, dipercayai mengalami serangan sakit...

FGV sumbang kelengkapan sekolah kepada pelajar asnaf
Nasional

FGV sumbang kelengkapan sekolah kepada pelajar asnaf

Antara pelajar asnaf dari kawasan sekitar Lembah Klang menerima sumbangan kelengkapan persekolahan...