Thursday , 6 February 2025
Home Nasional Malaysia, India setuju tingkat hubungan ke tahap CSP
Nasional

Malaysia, India setuju tingkat hubungan ke tahap CSP

Malaysia, India setuju tingkat hubungan ke tahap CSP

Narendra Modi (kiri) mengalu-alukan rakan sejawatannya dari Malaysia Anwar Ibrahim (kanan) sebaik beliau tiba di Istana Presiden India pada Selasa lepas di New Delhi/Reuters

KUALA LUMPUR, 22 Ogos- Malaysia dan India menyatakan komitmen untuk meningkatkan hubungan kedua-dua negara ke tahap Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan persetujuan itu dicapai bersama rakan sejawatannya dari India Narendra Modi dalam lawatan kerja rasmi tiga hari ke negara itu yang berakhir semalam.

Anwar turut berkata lawatan ke India berjaya membuahkan hasil apabila Malaysia meraih potensi perdagangan berjumlah RM8 bilion dalam sektor minyak sawit dan produk berasaskan minyak sawit, bahan kimia dan produk kimia, minyak dan gas serta alat ganti kapal terbang.

\”Secara keseluruhan lawatan ke India mencapai objektifnya yang mana perbincangan mendalam dan secara telus antara saya dan Perdana Menteri Modi,\” kata Anwar dalam Facebook beliau hari ini.

Dalam pada itu, Anwar juga mengucapkan penghargaan kepada Kerajaan India atas layanan mesra yang diberi selama lawatan tiga hari beliau bermula Isnin lepas ke negara tersebut.

\”Penghargaan saya kepada Kerajaan India atas layanan sahabat, juga kepada kementerian, agensi kerajaan, pihak Pesuruhjaya Tinggi serta rakan-rakan media yang bersama dalam memastikan lawatan ini berhasil,\” tambah Anwar.

Acara terakhir Perdana Menteri sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur adalahpertemuan dengan para pemimpinIslam di India, termasuk Maulana Syed Ahmed Bukhari daripada Masjid Jama dan Maulana Mahmood A. Maddani daripada Jamiat Ulama-i-Hind.

Beliau juga mengadakan pertemuan dengan Ketua Pembangkang Parlimen India, Rahul Gandhi, yang disifatkannya sebagai sahabat baiknya.

BERITA BERKAITAN

  • Malaysia raih potensi perdagangan RM8 bilion
  • MoU pengambilan pekerja asing dari India akan diperbaharui
  • India sokong hasrat Malaysia sertai BRICS
  • Anwar bertemu pemimpin industri dan perniagaan India
  • PM bertemu 40 peneraju industri pelbagai sektor di India
  • Malaysia perlu contohi kemajuan teknologi digital India
  • Lawatan Anwar ke India bawa kerjasama strategik
  • PM diberi sambutan rasmi negara sempena lawatan ke India
  • Anwar adakan perjumpaan tertutup dengan Menteri Luar India
  • Anwar perkukuh hubungan 67 tahun Malaysia-India

Related Articles

Banjir di Johor pulih sepenuhnya
Nasional

Banjir di Johor pulih sepenuhnya

FOTO FAIL KOTA TINGGI, 6 Februari – Tiga buah pusat pemindahan sementara...

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub
Nasional

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub

Foto UMKUALA LUMPUR, 6 Februari – Seramai 500 penduduk Orang Asli di...

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari
Nasional

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin KUALA LUMPUR, 6 Februari –...

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 6 Februari – Objektif Kepengerusian ASEAN, langkah menangani...