Home Nasional Malaysia hargai sokongan Mesir untuk penyertaan dalam BRICS
Nasional

Malaysia hargai sokongan Mesir untuk penyertaan dalam BRICS

Malaysia hargai sokongan Mesir untuk penyertaan dalam BRICS

Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 10 November – Malaysia menghargai usaha Mesir dalam menyokong penyertaan negara sebagai rakan kerjasama dalam BRICS.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, selain BRICS, pertemuan beliau dengan Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi turut menyentuh pelbagai perkara dalam usaha memperkukuh hubungan strategik kedua-dua negara.

Beliau hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Abdel Fattah di Istana Al-Ittihadiya (Heliopolis) di Kaherah, Mesir.

\”Hubungan ini meliputi soal kerjasama dalam bidang pelaburan dan perdagangan, minyak sawit, industri halal, pendidikan, pelancongan, kesihatan serta sumber asli dan tenaga boleh baharu.

\”Perbincangan kami turut menyentuh soal BRICS dan Malaysia menghargai usaha Mesir dalam menyokong penyertaan negara sebagai rakan kerjasama,\” kata Anwar dalam hantaran di X.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan kini dalam rangka lawatan rasmi selama empat hari ke Mesir.

Pada 24 Oktoberlepas, Malaysia diiktiraf sebagai rakan BRICS berserta 12 negara lain iaitu Algeria, Belarus, Bolivia, Cuba, Indonesia, Kazakhstan, Nigeria, Thailand, Turki, Uganda, Uzbekistan dan Vietnam.

Anwar mengesahkan hasrat Malaysia untuk menyertai BRICS semasa perbincangan dengan Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva pada 18 Jun tahun ini.

BRICS, asalnya merangkumi Brazil, Rusia, India dan China ditubuhkan pada 2009 sebagai platform kerjasama untuk ekonomi yang sedang pesat membangun.

Afrika Selatan menyertainya pada 2010. Blok itu kemudiannya berkembang dengan meliputi Iran, Mesir, Ethiopia dan Emiriah Arab Bersatu.

BRICS mewakili kira-kira 40 peratus daripada populasi global dan menyumbang Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) terkumpul US$26.6 trilion atau 26.2 peratus kepada KDNK dunia, hampir menyamai kekukuhan ekonomi Kumpulan Tujuh (G7).

Related Articles

Miliki 300 liter diesel tanpa lesen, lelaki tempatan didenda RM3,500
Nasional

Miliki 300 liter diesel tanpa lesen, lelaki tempatan didenda RM3,500

Foto KPDN LABUAN, 30 April- Seorang lelaki tempatan didenda Mahkamah Sesyen di...

Semua pihak harus berani bertindak, tangani gangguan seksual
Nasional

Semua pihak harus berani bertindak, tangani gangguan seksual

Tangkap layar rakaman video pemandu e-hailing ketika ditahan orang awamKUCHING, 30 April-...

Presiden Maldives Mohamed Muizzu akhiri lawatan rasmi empat hari ke Malaysia
Nasional

Presiden Maldives Mohamed Muizzu akhiri lawatan rasmi empat hari ke Malaysia

Presiden Maldives, Dr Mohamed Muizzu diberi kawalan kehormat dalam satu majlis pelepasan...

Anwar hubungi pemimpin Kemboja, Singapura bincang isu Myanmar dan perdagangan serantau
Nasional

Anwar hubungi pemimpin Kemboja, Singapura bincang isu Myanmar dan perdagangan serantau

Foto FB Anwar IbrahimKUALA LUMPUR, 29 April – Perdana Menteri, Datuk Seri...