Home Nasional Malaysia gesa semua pihak hormati proses keamanan, segera muktamadkan gencatan senjata
Nasional

Malaysia gesa semua pihak hormati proses keamanan, segera muktamadkan gencatan senjata

Malaysia gesa semua pihak hormati proses keamanan, segera muktamadkan gencatan senjata

Penduduk Palestin melakukan solat jenazah, di Bandar Gaza/ REUTERS

KUALA LUMPUR, 11 Ogos- Malaysia mengalu-alukan kenyataan bersama-sama pemimpin Amerika Syarikat, Mesir dan Qatar ke arah memuktamadkan segera perjanjian gencatan senjata untuk membantu penduduk Gaza.

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, Malaysia menyokong rundingan damai yang sedang dijalankan oleh Amerika Syarikat, Mesir dan Qatar.

Malaysia juga sentiasa memperjuangkan keamanan dan kestabilan serta pematuhan kepada undang-undang antarabangsa.

\”Secara prinsip, Malaysia sentiasa memperjuangkan keamanan dan kestabilan serta pematuhankepada undang-undang antarabangsa. Dalam konteks ini, Malaysia menyokong rundingan damai yang sedang dijalankan oleh Amerika Syarikat, Mesir dan Qatar.

\”Malaysia berharap perbincangan akan datang yang bakal diadakan pada 15 Ogos 2024 akan membuahkan hasil yang positif dan menghalang konflik yang semakin meruncing dan mencapai penyelesaian secara aman,\” katanya.

Pada masa sama Malaysia turut menggesa semua pihak untuk terus fokus, komited dan menghormati proses keamanan selain menuntut agar pembunuhan dan kekejaman dihentikan, gencatan senjatasegera dan kekal dilaksanakan, bantuan kemanusiaan disalurkan tanpa halangan ke Gaza, dan Palestin diterima sebagai ahli penuh Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

\”Sokongan teguh dan solidariti Malaysia dengan rakyat Palestin tidak berbelah bahagi, termasuk terhadap hak mereka untuk menentukan nasib sendiri, dan penubuhan sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, berdasarkan sempadan sebelum 1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kotanya,\” tambah kenyataan itu.

Related Articles

Banjir di Johor pulih sepenuhnya
Nasional

Banjir di Johor pulih sepenuhnya

FOTO FAIL KOTA TINGGI, 6 Februari – Tiga buah pusat pemindahan sementara...

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub
Nasional

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub

Foto UMKUALA LUMPUR, 6 Februari – Seramai 500 penduduk Orang Asli di...

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari
Nasional

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin KUALA LUMPUR, 6 Februari –...

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 6 Februari – Objektif Kepengerusian ASEAN, langkah menangani...