Friday , 20 September 2024
Home Nasional Malaysia gesa APEC bantu penduduk Palestin
Nasional

Malaysia gesa APEC bantu penduduk Palestin

Malaysia gesa APEC bantu penduduk Palestin

Datuk Seri Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR, 21 Ogos- Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu menggesa Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) mengambil tindakan segera bagi membantu mengatasi masalah kelaparan dan kebuluran yang melanda Palestin ketika ini.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam kenyataan memaklumkan, gesaan Mohamad itu dibuat susulan krisis kemanusiaan dan keterjaminan makanan, terutama yang menjejaskan golongan kanak-kanak di Gaza

\”Beliau turut memaklumkan inisiatif terkini yang telah diambil Malaysia dengan membawa 127 rakyat Palestin ke Malaysia untuk menjalani rawatan kesihatan atas dasar kemanusiaan,\” katanya.

Mohamad mengetuai delegasi Malaysia ke The Ninth Asia Pacific Economic Cooperation Food Security Ministerial Meeting (The 9th FSMM) di Trujillo, Peru pada 18 Ogos lepas.

KPKM berkata beliau mewakili Malaysia, yang merupakan satu daripada 21 ekonomi APEC di samping Amerika Syarikat, Australia, Brunei Darussalam, Chile, Republik Rakyat China, Filipina, Hong Kong, Republik Indonesia, Jepun, Kanada, Republik Korea, Mexico, New Zealand, Papua New Guinea, Peru, Rusia, Singapura, Chinese Taipei, Thailand dan Vietnam yang telah hadir ke mesyuarat berkenaan.

Menteri Pertanian dan wakil Menteri daripada ekonomi APEC telah merumus dan mempersetujui dokumen Trujilo Principles for Preventing and Reducing Food Loss and Waste (Trujilo Principles) serta Deklarasi Menteri Pertanian Ekonomi APEC Trujilo berhubung isu keterjaminan makanan.

Dokumen Trujilo Principles memberi panduan kepada 21 ekonomi APEC dalam usaha menyokong pembangunan mampan sistem makanan, dan komitmen memulihara alam sekitar bagi mencapai Matlamat Pembangunan Mampan 2030 (SDG).

Dokumen berkenaan merupakan pelengkap kepada dokumen Food Security Roadmap Towards 2030 yang dibangunkan pada tahun 2021 semasa The 6th FSMM.

\”Mohamad telah menyatakan sokongan penuh Malaysia terhadap dokumen Trujilo Principles serta penghargaan kepada semua ekonomi APEC atas usaha kolektif dalam memuktamadkan dokumen tersebut semasa mesyuarat tahun ini,\” tambah kenyataan itu.

Related Articles

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish
Nasional

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish

Produk ikan segar beku yang halal & diproses oleh kakitangan Persatuan Nelayan...

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena
Nasional

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena

Polis mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan yang dilanda banjir di Daerah Kota...

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia
Nasional

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia

Foto RTMKUALA LUMPUR, 20 September –Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM),...

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat
Nasional

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat

Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 6,087 orang setakat 8 pagi...