Home Nasional Malaysia-EU halusi langkah mulakan rundingan rasmi FTA – Tengku Zafrul
Nasional

Malaysia-EU halusi langkah mulakan rundingan rasmi FTA – Tengku Zafrul

Malaysia-EU halusi langkah mulakan rundingan rasmi FTA – Tengku Zafrul

Foto Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 29 Oktober- Malaysia dan Kesatuan Eropah (EU) menghalusi langkah seterusnya untuk memulakan semula rundingan rasmi bagi Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Malaysia-EU.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata Malaysia komited untuk meneruskan rundingan FTA bersama EU.

“Walaupun masih ada aspek yang perlu diperincikan sebelum rundingan boleh dimulakan, saya yakin kedua-dua pihak akan berusaha menjadikannya kenyataan kerana FTA ini akan membawa pelbagai manfaat kepada ekonomi Malaysia dan EU,” katanya menerusi catatan di laman X hari ini.

Terdahulu, Tengku Zafrul mengadakan perbincangan secara maya bersama Naib Presiden Eksekutif EU Valdis Dombrovskis bagi membincangkan mengenai FTA kedua-dua negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi pertemuan dua hala dengan Presiden Majlis Eropah Charles Michel di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 serta Sidang-Sidang Berkaitan di Laos baru-baru ini, telah menyatakan hasrat kepada EU untuk meneruskan perbincangan mengenai FTA Malaysia-EU.

Anwar turut menyatakan beberapa pandangan berhubung Peraturan Penyahhutanan EU (EUDR) yang memberi kesan langsung terhadap industri sawit di Malaysia.- BERNAMA

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....