Home Nasional Malaysia di landasan tepat capai sasaran RM3.6 bilion dalam industri pusat data menjelang 2025
Nasional

Malaysia di landasan tepat capai sasaran RM3.6 bilion dalam industri pusat data menjelang 2025

Malaysia di landasan tepat capai sasaran RM3.6 bilion dalam industri pusat data menjelang 2025

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching

KUALA LUMPUR, 7 Ogos – Malaysia berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran pendapatan RM3.6 bilion dalam industri pusat data dan perkhidmatan awan, menjelang 2025.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching memaklumkan ia hasil komitmen pemain industri yang membuat pelaburan signifikan dan mengembangkan operasi mereka di negara ini.

Beliau berkata, pelaburan signifikan itu bukti keyakinan syarikat terkemuka dunia terhadap negara ini.

\”Kita percaya, kita berada pada landasan yang tepat kerana kita lihat ramai pemain industri masuk ke Malaysia untuk pelaburan ekonomi digital dan banyak pusat data yang sedia ada di sini turut mengembangkan operasi mereka. Ada yang datang berjumpa saya dan katakan mahu menambah pelaburan di Malaysia.

\”Kita ada nama-nama besar seperti Microsoft, Amazon, bila mereka di sini pasti pembekal mereka akan tertarik. Jadi, mereka juga akan mengajak pembekal mereka untuk datang ke Malaysia. Jadi, peluang ini kita lihat akan dapat mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan bernilai tinggi kepada rakyat Malaysia,\” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan Teknologi Awan dan Pusat Data 2024, di sini.

Tambah Teo, keberhasilan tersebut turut didorong oleh komitmen kerajaan terhadap pendigitalan dan usaha merangsang ekosistem berinovasi.

Sehubungan itu, Malaysia perlu terus memanfaatkan transformasi pendigitalan dengan menggunakan kelebihan sedia ada untuk menjadi peneraju dalam sektor tersebut.

Related Articles

Mangga Harum Manis Kedah catat lonjakan pengeluaran tahun ini
Nasional

Mangga Harum Manis Kedah catat lonjakan pengeluaran tahun ini

Pengeluaran mangga Harum Manis di Kedah pada tahun ini dijangka meningkat hampir...

Tengku Ampuan Pahang berkenan sertai larian Hari Sarapan MILO
Nasional

Tengku Ampuan Pahang berkenan sertai larian Hari Sarapan MILO

FOTO RTMKUANTAN, 20 April- Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah...

Perkukuh hubungan dua hala, TPM Zahid mulakan lawatan rasmi tiga hari ke Indonesia
Nasional

Perkukuh hubungan dua hala, TPM Zahid mulakan lawatan rasmi tiga hari ke Indonesia

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi / Foto Hiasan...

Pekerja perlu fizikal, mental kuat bantu bangunkan negara
Nasional

Pekerja perlu fizikal, mental kuat bantu bangunkan negara

Menteri Sumber Manusia Steven Sim (lima, kanan) bergambar kenangan bersama peserta pada...