Saturday , 18 January 2025
Home Nasional Malaysia desak PBB ambil tindakan segera
Nasional

Malaysia desak PBB ambil tindakan segera

Malaysia desak PBB ambil tindakan segera

Datuk Seri Mohamad Hasan dan António Gutteres

NEW YORK, 28 September- Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan dua hala bersama Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) António Gutteres.

Dalam pertemuan itu, beliau menyatakan kebimbangan Malaysia terhadap konflik yang berterusan di Palestin dan Myanmar.

Beliau juga menyeru PBB untuk mempergiat usaha dalam memulihkan keamanan dan kestabilan di rantau ini, serta isu kemanusiaan yang memberi kesan kepada jutaan orang awam.

Turut dibincangkan ialah usahasama antara Malaysia dan PBB menjelang ASEAN 2025.

Perbincangan selama 30 minit itu diadakan di luar Perhimpunan Agung PBB di New York.

Esok, pukul 2 petang waktu tempatan, Datuk Seri Mohamad akan mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menyampaikan kenyataan negara dalam sesi debat Perhimpunan Agung.

Malaysia akan menekankan prinsip-prinsip asas yang terkandung dalam piagam PBB dan undang-undang antarabangsa.

Related Articles

Amaran hujan lebat berterusan tahap buruk di Sabah hari ini
Nasional

Amaran hujan lebat berterusan tahap buruk di Sabah hari ini

Foto hiasanPETALING JAYA, 17 Januari– Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan...

Mesyuarat PM & syarikat terkemuka UK, usaha tarik kemasukan pelabur baharu
Nasional

Mesyuarat PM & syarikat terkemuka UK, usaha tarik kemasukan pelabur baharu

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri mesyuarat Meja Bulat bersama pemimpin...

PM lawat Battersea Power Station, pelaburan terbesar Malaysia di UK
Nasional

PM lawat Battersea Power Station, pelaburan terbesar Malaysia di UK

FOTO FACEBOOK Anwar IbrahimLONDON, 17 Januari- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Penerokaan TNB di UK peluang perluas sektor TBB – PM
Nasional

Penerokaan TNB di UK peluang perluas sektor TBB – PM

Anwar Ibrahim ketika melancarkan dua ladang solar, Eastfield dan Bunkers Hill oleh...