Home Nasional Malaysia cadang kumpulan bertindak banteras judi haram – TPM
Nasional

Malaysia cadang kumpulan bertindak banteras judi haram – TPM

Malaysia cadang kumpulan bertindak banteras judi haram – TPM

FOTO FACEBOOK Zahid Hamidi

SHANGHAI, 9 September- Malaysia menunjukkan komitmen tinggi dalam membanteras perjudian haram dengan mencadangkan penubuhan kumpulan bertindak untuk rangka kerja keselamatan negara.

Ia bertujuan menambah baik kerangka penguatkuasaan undang-undang dan meningkatkan kerjasama rentas sempadan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan perjanjian antara Malaysia dan China menunjukkan hasil positif dengan penurunan ketara jumlah tangkapan warga China di Malaysia daripada 1,225 orang pada 2020 kepada 79 orang tahun lalu.

Kejayaan itu hasil usaha bersepadu, perkongsian risikan dan kolaborasi antara kedua-dua negara.

Ahmad Zahid juga mengumumkan perjanjian penting antara Malaysia dan China yang merangkumi kerjasama dalam memerangi jenayah transnasional termasuk keganasan, kawalan sempadan, penipuan telekomunikasi, perjudian dalam talian, pengedaran dadah, penyeludupan dan pengubahan wang haram.

Perjanjian tersebut turut melibatkan latihan untuk meningkatkan keupayaan penguatkuasaan undang-undang.

Beliau berucap pada Forum Kerjasama Keselamatan Awam Global Lianyungang (GPSCFL) 2024di Bandar Lianyungang, Wilayah Jiangsu, China hari ini.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....